perkenalan baru

dari sorang ke sorang aku kenal manusia bergelar lelaki..tapi semua sama je. xde yang boleh menyenangkan hati dan perasaan aku. apalah salah aku untuk mencintai orang yang benar-benar aku suka.tapi ada saja halangan yang timbul. hurm.

aku penah berputus harapan dengan kehidupan aku.tapi aku tak mahu kesilapan lalu berulang untuk kali ke duanya. sakit sangat bila mengenangkan semua yang berlaku atas diri aku ni. tak ada siapa yang boleh aku kongsi masalah aku. even BFF aku sekali pun. berapa lama lagi aku harus simpan semuanya??

alangkah indah bila aku lihat kawan-kawan sebaya aku dah berjaya mencipta atau lebih tepat lagi membina masjid mereka. alangkah bahagianya mereka tanpa memikirkan masalah yang membelengu diri sendiri. atau dosa-dosa selanjutnya. hurmm.

actually aq menaip ikot sedap hati aku je..sebab aku tengah merana menangung sakit hati jiwa perasaan yang aku pendam sendiri..cari penyankit sendiri macam ni la rupanya.. entah apa-apa aje yang aku type..mintak maaf pada sesiapa yang baca ya..kepala aku tengah serabut..

true story..aku kenal dengan someone ni dari skout.dan sememangnya sumber yang susah nak dipercayai. tapi disebabkan tabiat kebosanan aku yang selalu senang je nk bergaul dengan orang yang aku belum kenal and tahu latar belakang dia yang menyebabkan aku sering jadi begini.

pekenalan aku dengan dia baru sahaja bermula lebih kurang sebulan lebih. memandangkan aku sibuk dengan kerja harian aku dan dia pun sama. kami jarang bercakap. text pun jarang. text bila perlu sahaja. itu pun bila ade perkara penting yang ingin diberitahu. jika tidak memang susah la nak mendengar suara hp aku berbunyi.

aku pun tak kisah dengan situasi ni. sebab dia tak mengangu aku terlalu kerap..kerana aku tak suka orang menganggu aku terlalu kerap..ini boleh membuatkan aku rasa bosan. lama kelamaan aku berkawan dengan die.kami membuat 1 temujanji yang bukan dirancang. pertemuan pertama aku dengan dia berjalan lancar. dia bukan la seorang yang romantik atau suka menunjuk-nunjuk.tapi aku cukup senang dan selesa bila bersama dengan dia.

perkara pertama setelah aku bertemu dengan die. jari. aku perhatikan setiap susuk jari dia..ade sebentuk cincin perak yang bertahtakan batu berwarna hijau. hurm..hati aku mulah merasa lain sedikit..tetapi aku masih kawal supaya aku tidak berlebih-lebih. temujanji pertama berjalan lancar.


@)$$(#?&/|:"{

kehidupan mencari sebatang jalan yang lurus. hampir ke akhir tidak bertemu jua jalan yang lurus itu. adakah aku sudah berputus asa? ataukah aku sudah memanipulasikan sendiri fikiran aku saat ini. memanipulasi kehidupan yang belom tentu ku ketahui.

rumit jika difikirkan apa yang perlu dilakukan untuk melalui dan mencari jalan yang lurus itu. tetapi jika di rangkul dengan sejuta kesungguhan sejuta keazaman ruang yang kecil boleh menjadi besar. jalan yang singkat boleh di panjangkan. ruang-ruang kosong tidak akan terbiar kosong lagi. saraf otak yang berselirat dengan kerumitan dapat dihindari.




**********




ahh..ape yang aku merepekkan ni? sambil-sambil aku melayan dj yang sedang berkumandang dicorong radio. entah apalah yang di perbahaskan untuk malam ini. tapi lagu-lagu yang keudara umpama menggamit kembali zaman-zaman silam aku ketika dulu.

pahit manis suatu ketika dulu.tak pernah aku lupakan.tetapi untuk kembali ke suatu ketika itu adalah mustahil. ahh sudah Cik lynn ko tak payah nak feeling lebih-lebih sangat okies. hehehe..

actually malam-malam macam ni jari jemari aku ni gatal + miang-miang nak menaip. bile dah ade depan keyboard terus kaku pandangan aku tepat ke skrin dengan keybord. ape tajuk entry terbaru aku ni??ape aku nak letak dalam entry kali ni? nk cerita kisah sedih ke kisah gembira??




**********




radio masih lagi keudara. memainkan lagu-lagu lingkungan awal 70an - 80an. segmen "cetusan hati" membuatkan jari jemariku terhenti sejenak untuk memberi laluan kepada dj menghabiskan kata-kata yang sejak dari siang tadi telah diskripkan dalam minda.

kemudian.......aku pun tak pasti ape yang terjadi...tahu-tahu je aku bangun tido. laptop aku masih berbunyi..astagfirullahhalazim..berkobar-kobar aku nak update entry baru sampai tetido hingga pagi. 
ape lagi..time too mandi la...zassssss....

awal subuh

dengan mata yang sembab bengkak dan sedikit terbuka. sambil kepala aku dungakkan sedikit keatas kemudian tangan ku capai handphone 5.45am "awal lagi" lalu rebah kembali.

"pangggg"

Astaugfirullahhalazim...mengucap panjang aku

"nape tak robohkan je terus almari tu"

dengan selamber emak pun ketawa. 

"opss..tak sengaja"

ahh..aku dah biasa sangat dengan cara mak. begini la cara dia untuk kejukkan anak-anak kesayangan dia yang memang pada aku tersangat la senang nak dikejutkan. aku hanya mampu angkat kepala seketika kemudian lena dalam mimpi aku kembali. begini la perangai anak emak seorang ni. susah untuk kejut bangun pagi. kalau bukan dengan bentakan pasti ade titisan air yang akan jatuh di atas muka aku. sudah ku tahu angkara siapa. nak di marah siapa la aku. hanya redha dan bersabar saja.



**********




resign

lama aku tinggalkan blog aku ni berhabuk. ape la cerita ya. hurmm..sepanjang aku tak bercerita dekat sini macam-macam perkara dah berlaku. entah dari mana nak bermula. buntu rasanya. terima kasih kepada penyelidik blog.walaupun tiada siapa yang mengikuti perkembangan blog aku ni. aku tetap nak berterima kasih juga. itu memadai bagi aku. 

tat kala hati tengah gundah gulana memikirkan mengenai hari-hari esok yang akan aku lalui. sambil menunggu susuk tubuh seseorang datang memasuki ruang pejabat. kebetulan aku melihat ke muka pintu sudah terpacak mukanya di hadapan pintu masuk pejabat. "macam tau-tau je aku tengah tunggu die" sambil berbisik sendirian. "selamat pagi En!" "oh ina, pagi" dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibir seorang ketua yang pada pandangan aku sudah memasuki lewat 40 - 50an lagaknya. tapi gayanya seperti seorang bapa yang sedang berinteraksi dengan anaknya. sayu hati aku bila memikirkan apa yang akan berlaku apabila aku mengusungkan satu surat yang bersampul rapi berwarna putih nanti.

sedang aku menjalankan tugas yang diberikan oleh En.Kahar. dalam debar memikirkan apakah alasan yang terbaik yang akan aku berikan melayang semua fikiran aku pada surat yang bersampul rapi tadi. kerja yang diberikan kepada aku terkandas sebentar dek kerana terlalu gundah memikirkan sekeping surat. tak aku nafikan berkerja dibawah pengawasan yang cukup minima amat la membebaskan diri aku untuk melakukan apa sahaja. tapi bila difikir semasak-masaknya. sampai bila aku harus begini selamanya. keputusan yang aku ambil amat berat sekali. walaupun terpaksa menghampakan hati seorang yang amat aku kagumi dihadapan ku ini. En. Kahar telah banyak membantu aku dalam menguruskan pekerjaan ku di pejabat ini. tanpa dia aku mungkin tak berada disini lagi tika ini. aku berterima kasih kepadanya atas segala nasihat dan tunjuk ajar dia selama ni.

perlahan-lahan aku bangun dari kerusi ku. lalu aku pergi ke satu sudut. dimana aku meletakkan sepucuk surat yang sudah bersampul rapi bewarna putih. kemudian aku ambil. lalu perlahan-lahan aku menyusuri laluan dimana seseorang yang sedang asyik melangsaikan tugasannya tanpa menyedari apa yang sedang aku lakukan. tepat dihadapan mejanya aku kaku. tanpa memikirkan apa yang akan terjadi lalu perlahan-lahan aku menghulurkan sepucuk surat yang telah aku karang berhari-hari. "En. saya nak resign" dengan tak semena-mena muka bersih seorang ketua tegak memandang aku tepat ke anak mata. aku semakin dihimpit rasa serba salah. "kenapa?kak fauziah marah?" "bukan" "habis kenapa" "personal problem + sambung belajar" sudah dijanka apa yang akan di tanya. bukan suka-suka untuk aku membuat keputusan ini. berat rasanya untuk meninggalkan tempat yang banyak mengajar aku erti kesabaran, ketekunan, kefahaman dan macam-macam lagi.

tidak henti-henti En.Kahar mendapatkan penjelasan aku. tetapi dalam kepetahannya sempat aku menyampuk menawarkan diri untuk membantu serba sedikit urusan di pejabat itu jika mereka memerlukan khidmat aku. aku dengan senang hati. tanpa ada dendam atau marah pada sesiapa.  walaupun merekan pernah bertegas dengan aku mengenai soal kerja. aku terima dengan rela hati. dari kesalahan kita dapat meningkatkan diri menjadi lebih baik dan matang. aku bersyukur diberi peluang bekerja di situ. segala gundah gulana yang bersarang di kepala aku terbang melayang usai semua yang selama ini aku pendam telah selamat aku lepaskan. Alhamdulillah, aku bersyukur. semoga mereka boleh mempertimbangkan surat yang aku berikan itu.

sambil-sambil aku menyudahkan kerjaku lalu aku masih berfikir-fikir. mungkinkan mereka akan mempertimbangkan usulan ku itu. hurmm. waktu rehat menyusul. aku memerlukan rehatku. moga ketemu cerika aku di lain hari. mahu ku redakan segala permasalahan yang bersarang di kepala..walaupun sedikit sebanyak sudah ku keluarkan dari sarangnya. sampai disini sahaja dahulu untuk kali ini. 
wakeup in the morning..


tak sangka plak hari ni awal gile aku bangun tidur
actly hari2 biasa pn aku selalu bangun awal what..ok la tu kan..
(ofcoz la ok sebab ko bangun nak pegi keje je kan cik leyna...hehehehe)
ok2 enough2 la tu..

pagi2 lagi aq dah get ready..(nak buat ape pulak ready2 ni)
get ready g jalan2 (ah aku tipu je kat sini..jalan2 apa kedai pun tak bukak lagi..tah2 apek kedai tu still ngorok kodok kot)
xpe suke hati die la..

hari ni aq dah ada apoitment dengan orang
sebab tu kene ready2
siap punya siap. pn. emak pun tak siap lagi
terpaksa tunggu pn. emak siap
(sementara tunggu pn. emak siap sempat lagi aku usha kakak aku)
haduiiii..x membantu persekitaran alam betol la kakak aku ni..
buruk perangai bangun lewat2 la dokk!!





**********




"kau ni umpama bunga yang tengah mekar"
"lalu sekumpulan lebah datang menghinggap untuk menikmati madunya"
"kau umpama gula(manis)"

tetapi

"kau umpama api"
"apabila marak akan habis terbakar"
"kau sangat keras"

aku just boleh senyum dan gelak sepuas2nya.
adui malu la siot
ade ke macam tu sekali..
tapi bila fikir2 
kenyataan depan mata..
tak boleh nak pertikaikan lagi...
insyallah segalanya pasti lancar..

apa yang lancarnya???
kehidupan aku selepas ni pasti lancar..
insyAllah dengan izin Allah..amin...

uhhh..mata aku sangat berat..sampai soreee...

 
 
 


benci

dugaan apa yang kau cuba tunjukkan pada aku
hurmm..
sekelip mata semua berubah
dalam sekelip mata hilang semuanya

aku benci penipu

aku benci hipokrit

aku benci..benci..benci..semuanya

episod lepas

ni cerita sambungan sketsah hidup si "AKU"

hari ni aku bosan sangat dekat office.
keje dari pagi lagi aku dah settelkan

bosan sangat-sangat

jom ikot aku layan apa yang aku buat satu hari suntuk ni


layan feeling la kejap..


apesal cam gini pulak..ahhhh..layan dah ler..
jangan comment-comment.ngeeee -_-


uish..ape jadi ni..hentam aje la..
dah tersangat bosan dok kt office nih.

rasenyenya banyak kali jugak aku reply lagu "AKU YANG TERSAKITI"
sakit dengan apa?
takde rasenya
perasaan je la tu..

"the end"


sketsah hidup si "AKU'

bla..bla..bla..
terdengar disudut belakang bosku sedang bercakap di corong telefone. 
entah dengan siapa dia bercakap aku tak ambil peduli.

sementara aku sedang asyik membelek resume para pekerja.
disebelah ku iPhone ku biarkan berkumandang muzik dari ipodku
memecahkan sunyi di segenap sudut ruang pejabatku

keadaan di sebalik cermin kaca pejabat ku agak suram.
memandangkan cuaca di luar agak sayu.
agak berat untuk aku meneruskan kerja-kerja yang tertangguh.

terngiang-ngiang di benak fikiran ku ketika ini
umpama seperti ade sesuatu yang telah mengangu fikiranku
tetapi aku tidak pasti apa yang membelengu fikiran aku sekarang ni.





**********




alhamdulillah..
kakak ku selamat diijab kabulkan pada 25 Ogos 2012 bersamaan 7 syawal 1433m
walaupun ade sedikit kelam kelibut sedikit.tetapi alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.





**********





ahhh..hati aku resah kembali.
entah apa yang aku fikirkan sehingga aku berasa sebegini.

ohh ya. teman aku
lame sudah tidak beborak dengan temanku
mungkin sebab ni juga aku bermuram durja..cehh..geli sikit ayatku ni..

tengah aku melayan perasaan tiba-tiba teman-temanku muncul di laman teratak kerasku
teratak keras yang sentiasa terbiar keseorangan iaitu facebookku.
bla..bla..bla..
bla..bla..bla..bla..bla..
kerancakan perbualan kami memenuhi ruang skrin keras dihadapan muka.

dari cerita hari raya, keadaan kerja, tentang teman-teman lain hingga entah apa yang dikarutkan habis semua dikorek keluar.
umpama tidak pernah bersua muka selame 100 tahun
padahal rumahku dan die hanya sekangkang kera sahaja.
agak keterlampauan disitu.
hanya mereka yang mengenali kami akan mengetahui keadaan kami
sememangnya begini.

hilang sebentar perasaan resah tadi.
kerancakan perbualan aku dan teman-teman ku membuatkan aku melupakan segala masalah yang aku hadapi.
kami lanjutkan perbincanggan sehingga aku hampir tidak perasan waktu kerjaku hampir tamat.

aku sudah berjanji dengan temanku untuk berjumpa dia di mall tempat dia bekerja.
sememangnya akan lebih banyak lagi yang akan aku dan die karutkan sebentar lagi.
jika diberi bakul sebesar mana tidak dapat menandingi cerita-cerita karut kami yang berguni-guni itu.

ternyata aku sudah keterlanjuran sehingga tidak terperasan apa yang ingin aku coretkan di skrin keras aku ini.
ahhhh..biarkan sahaja.
entry aku suka hati aku la nak coret apa.





**********





sampai disini dulu ceritanya..nanti akan ku sambung kemudianya..
da dulu..






SAHABAT SAMPAI MATI

assalamualaikum wbt....

telebih dahulu aku nak ucapkan "SALAM AL-MUBARAK" buat semua.
selamat berpuasa.

pagi ni aku bersyukur sebab diberi peluang untuk bangkit seperti semalam.
alhamdulillah.

actually aku memang buntu tak tahu nak story ape dekat entry aku kali ni. 
tapi rasanya aku ada la story sikit nak share.

tadi sebelum aku keluar rumah
sempat jugak la aku capai diary lame aku
kunun-kunun nak tengok la kalau-kalau ada alamat member tersesat dalam tu.
tengah belek-belek tiba-tiba aku berhenti pada satu page.

"SAHABAT HINGGA AKHIR HAYAT"

kenapa dengan sahabat ni?

perkenalan aku dengan dia semasa di "program latihan khidmat negara"

aku pernah mempunyai seorang sahabat yang pada aku die seorang sahabat yang sangat baik

kenapa aku cakap die baik?

die seorang yang memahami aku
walau dalam susah senang
dia sangup buat apa sahaja untuk aku
asal boleh menggembirakan aku.
asal aku senang.
asal aku tak sedih lagi.
semestinya aku senang dengan dia sebab dia suka buat lawak.
dia suka buat aku ketawa.



satu hari aku sedih selepas dikecewakan dengan mahluk yang bergelar "lelaki
aku mintak die datang rumah
dia datang!
even dalam hujan, lebat pulak tu
dia datang jugak, walaupun aku tau masa tu dia baru sampai rumah dia
and than hujan lebat
dia redah jugak semata-mata nak jumpa aku.
semata-mata nak stopkan kesedihan aku masa tu.

how very lucky i have a friends like him!!

aku rasa beruntung sangat mempunyai kawan seperti dia
dia tak pernah berungut bila aku sentiasa menyusahkan dia.
bila aku susah, aku carik dia
bila aku sedih aku panggil dia
dia layankan je ape yang aku buat pada dia
walaupun agak melampau-lampau
dia ikut kan sahaja
hubungan kiteorang tak berpanjangan



aku anggap dia seperti kawan yang boleh merasai susah dan senang
tapi dalam diam 
baru aku tahu kenapa dia layan aku begitu baik sekali
selama ni aku buta
mata aku, hati aku, jiwa aku
dah tertutup dengan kegelapan
yang tak boleh nampak dengan cahaya mancis

aku benar-benar buta kali ni
dia tak pernah ambil kesempatan atas aku
apatah lagi luahkan perasaan pada aku
tak sangka
dalam diam rupanya dia ada perasaan pada aku
aku tahu pun dari dia sendiri
bila dia sendiri berterus terang dengan aku akhirnya

tapi tak semudah tu aku nak terima dia
aku anggap dia macam kawan je
lagi pun aku malu dengan dia
aku selalu sakitkan hati dia
aku selalu kutuk dia
aku selalu burukkan dia
aku selalu ejek die "pendek & ketot"

kadang-kadang bila aku ingat balik kisah-kisah lama
rindu pulak nak bergurau dengan dia
dia layankan aja
tak pernah amik hati dengan aku
walaupun apa yang aku cakap menyakitkan hati dia
aku pasti sangat-sangat
dia mesti terasa hati setiap patah perkataan @ ayat yang keluar dari mulut aku ni



aku nak say sorry kat dia
aku bukan sengaja
aku anggap dia macam kawan baik aku
walaupun aku dah kutuk dia macam tu dia tetap terima aku

after dia luahkan perasaan dia pada aku
kiteorang dah tak saling berhubung
die hilang entah kemana
aku pun memang tak contact dia dah
sebab aku tak boleh terima dia
dan aku kesal jugak kenapa dalam hubungan tu mesti ade perasaan

kadang-kadang bila aku teringatkan dia selalu aku doa 
"Tuhan temukan la aku dengan dia, moga aku boleh meminta ampun kepada dia"
oneday tu mungkin Tuhan nak tunaikan permintaan aku
tak sangka dunia ni kecil je
aku jumpa dengan dia secara tak sengaja
kiteorg beborak sekejap
and sempat jugak aku mintak maaf kat dia
everything will be fine

now aku dah tahu
dia dah ada peganti yang lebih baik
alhamdulillah..
moga kau berbahagia hingga ahkir hayat wahai teman.

"KAU ADALAH SEORANG SAHABAT AKU DI DUNIA & DIAKHIRAT"



THE END






Majlis Perkahwinan Muda Diantara Syafiq (16tahun) & Yana (14tahun)


assalamualaikum wbt..

kalau dulu orag tua kita ramai yang berkahwin awal @ muda
tak mustahil anak-anak sekarang pun boleh kembali ke zaman-zaman mak ayah kita dulu.

majlis perkahwinan Syafiq (16tahun) & yana (14tahun)
membuktikan kecelaruan pemikiran orang-orang



"semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga akhir hayat"
banyak cabaran yang menanti mereka masa akan datang

kata orang perkahwinan muda tidak bertahan lama
insyAllah jika pandai mengatasi segala kemungkinan dijauhkn

aku yakin kat luar banyak pengkhritik 
ade yang baik ada yang buruk

tapi bagi aku
benar juga  kata blog "malaysia top bloger"
"Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwina muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat."


so.apa-apa pun
orang-orang diluar sana
doakanlah mereka yang terbaik
sambil-sambil beramal kita membuat kebajikan


hah ada lagi satu ayat
aku penah terdengar dari kawan baik aku sendiri
yang dah pun berumah tangga
"rezeki orang yang berkahwin ni bertambah"
syukur alhamdulillah..walaupun kahwin muda rezeki boleh dicari kat mana-mana je
insyAllah..aminn.

The End
wssalam..

bile aku marah

ape situasi korang bile sedang marah @ 'bad mood'

pukul orang sekeliling anda?
jerit bagai orang pekak?
tumbuk cermin sampai retak seribu?
lari rumah?
tumbuk kawan?
belasah orang?
smackdown orang?
tarik rambut orang?
berenang 1 dunia?
upah gangster balas dendam?

ape erk riaksi anda??

okiess ni pulak reaksi aku time aku tengah marah!!

bile aku marah aku
makan sampai kenyang

bile aku  marah aku suka
tido dari pagi sampai malam (2pn law x kje la)

bile aku marah aku akan
terperap dalam bilik sampai aku bosan

bile aku marah aku 
tak akan reply SMS sape2 pun

bile aku marah aku
tak akan jawab call (tak kire la urgen ke x)

bile aku marah aku
suke dok sorang-sorang

bile aku marah aku
tak suke orang bercakap (membebel)

bile aku marah aku
tak akan layan sape2 buat lawak

bile aku marah
jangan cuba buat lawak bodoh tak masok akal

bile aku marah
jangan harap aku nak layan sesape
(ni sekarang punya situasi)




(dulu punya situasi)
'Kata bekas "boypren" aku'

bile aku marah
jangan mimpi la nak pujuk aku (tak makan saman)

bile aku marah
aku akan simpan (selalunya lepas je terus bile tak puas ati)


bile aku marah aku
lepas je bende yang x puas ati padahal bende kecik


bile aku marah
kena bawak aku ke sana ke sini bile aku dh naik gila (gile ke aku ni?)


bile aku marah aku
suka mengatal dengan 'JANTAN' lain (berkawan)


bile aku marah
orang lain punye pasal dia (xbf) gak yang kene


teruknye aku!!!!wahahahaha!!!




kata kawan aku pulak!!

bile aku marah aku 
suka keluar rumah


bile aku marah aku
suka balik rumah lambat sampai pagi


bile aku marah aku 
akan bawak kereta laju2


bile aku marah aku
akan 'menagis' (jika perlu)




dan paling ketara die kate


bile aku marah 
aku "merajok"


kwang..kwang..kwang!!

hati dan perasaan




hati gundah pada diri
hati gulana pada diri
hati ketakutan pada diri
hati rasa tak yakin pada diri
hati rasa serbasalah pada diri

perasaan takut pada diri
perasaan takut pada sekeliling
perasaan takut pada mereka-mereka
perasaan takut pada setiap perbuatan
perasaan takut pada setiap yang dilakukan

bila hati dan perasaan yang dah dihancurkan
ingin kembali seperti sedia kala
tidaklah secantik seperti kelahiran untuk kali pertamanya
walaupun di gam ataupun di balut solotape
tak sesempurna kewujudan kali pertama.


dia hadir dalam hidup aku
kemudian dia pergi meninggalkan aku
tanpa sebab
kemunculan dirinya mewujudkan beribu makna bagi aku
dan pemergiannya memberiku sejuta kekesalan berserta berjuta ketersiksaan

harapan yang aku berikan musnah begitu sahaja
harapan tingal harapan
harapan yang tak mungkin aku kecapi
harapan baru aku bina
entahkan bila akan terlaksana



hati dan perasaan
jangan kau cuba untuk menyiksa diri aku lagi
aku tak sangup menahan ketersiksaan nya
sanggat lembut dan rapuh hati dan perasaan aku




kemunculan hati dan perasaan baru tidak sama dengan yang lama
entah mengapa susah untuk menjadi seperti dulu
amat susah untuk dijinakkan
bukan memilih untuk yang terbaik
tetapi memilih yang benar-benar mengetahui akan hati dan perasaan ini.

sangat susah untuk mencari penganti untuk hati dan perasaan ini
lumrah kehidupan yang kadang kala makin menjerut kehidupan manusia
membuatkan aku kuncikan hati dan perasaan ini
seberapa lama yang mampu aku kunci
aku perlu membukannya jua nanti
suatu masa akan kunjung tiba!!


hati oh hati


Assalamualaikum wbt..
ape aku nak buat bosan-bosan ni..
hurmmmm..





hati oh hati 
ape kene la ko hati
aku pun tak paham la
ape yang ko nak sebenarnya
hurmm..

pagi-pagi lagi aku dah layan "Ainan Tasneem" ni
haiss..dah la pagi-pagi lagi aq dah sedey 


makin sedey & sayu je hati ni.

takpe la kite layan la dulu lagu ni..chill!!!

"  Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis
Aku suka kamu

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya


Aku suka dia   "

Emo (Merepek)


Assalamualaikum wbt..

semalam aku tetiba teremo pulak..kenapa??
entah..
mungkin la sebab ade someone buat aku jadi emo..
bende kecik je la wey! 
ko tak yah la bersar2kan okiesss!
memang x besarkan pn..
tp aku kan kuat emo.
hahaha..
sedar pun diri kuat emo..
dah tu..
x reti2 nk cool down ke..
ngeeee!!
ape aku merepek ni!!
entah..



now aq kat office!!
office ni aku la yang punye..
ye ke??
tak..aku tipu je..
sebab boss aku tak suke masok office so aku jadikan office ni aku punye la..
kembali merepek!!!



hopefuly emo aku berkurangan la untuk hari ini.
aku dah tak sangup nak layan emo lame2.
sampai kapan lagi!!
ala radio ni buleh plak kuar lagu sedeh2 mase aku tengah emo ni ='( 
sgt emo okiess!!
lalalalalala...




kembali layan emo balik la..
aku x de ape nak buat!!
terpaksa layan emo sesorg..
owhhh...
actuly..
semalam aku emo sampai aku tetido!!
ngeeeee!!!
sorry pada sesiapa yg tunggu msj,whatsapp,viber,ur ape2 je dr aq semalam
aq dh pegi ke alam ZzzZZ!!!!
sorry again..pada yang xde kene mengene ngan emo aku ni..huhuhu..


sangat merepek bukan entry aq kali ni..ye..memang pon..sbb tajuk pun merepek...
sekian..wsalam..

perubahan drastic

assalamualaikum wbt pada sesiapa yang sudi membaca blog aku..lama sangat aku tak update blog aku ni kan..teramat la lama..kesibukan aku belajar, bekerja, kemudian mencari kerja lagi! memang masa aku dihabiskan bukan dihadapan laptop ataupun desktop ataupun telefone bimbit aku."dah tu terluang kat mana?" sudah pasti la masa aku terluag untuk kemajuan diri aku sendiri, pada masa akan datang.

ok cukup cerita intro sampai disitu. macam ye-ye je aku cerita kan.takpe! sekarang aku nak bercerita "tentang aku". now masa untuk membuat perubahan dalam diri aku.. "PERUBAHAN??" what perubahan? ni la yang aku nak story kat sini. kite hidup mesti ada perubahan kan..tak kira la dari segi apa pun.. tak kisah la, yang penting.. berubah untuk diri sendiri dan ikhlas dalam perubahan tu! hurmmm. nak taw tak ape perubahan aku? bukan nk berlagak. cuma nak berkongsi cerita sahaja. sebab hati rasa gembira bila aku buat perubahan ni. mana la tahu kot-kot member-member kat luar sana nak cuba buat perubaan jugak..sape sangkakan.








"tiada orang yang boleh mengubah kita menjadi lebih baik daripada yang terbaik melainkan diri kita sendiri"


u see that! see! see! ini la salah satu perubahan yang aku dah buat pada diri aku semenjak dua menjak ni. Insyallah perubahan aku ni akan berpanjangan hingga akhir hayat insyallah. Perasan ke ape perubahan aku? tak pe aku bagi peluang korang berfikir sejenak.


BTW, kalau la korang perasan sekarang ni ramai artis kat luar sana dah mula buat perubahan pada diri mereka sendiri. Alhamdulillah amin. Moga mereka diberikan taufiq dan hidayah. Dan harap lagi ramai la sedar akan kepentingannya pada masa akan datang. Act kn..ade kaitan ke ngan aku cite ni???  ermm.. just nak bagi taw je la..


Kenapa aku berubah?? Dapat petunjuk ke?? mimpi ke?? Semua tu tak penting. Bagi aku..lebih baik berubah sebab kehendak diri daripada berubah kerana terpaksa ataupun dapat petunjuk atau musibah. Aku tak de la lalui semua tu. Aku berubah sebab memang dah masa pun untuk aku buat perubahan dalam hidup & dalam diri aku "eceh beria la aku cite". Seriously aku memang dah terniat dalam hati untuk berubah tp disebabkan banyak sangat syaitan bermain buaian kat hati aku ni perubahan tu asyik tertanguh je. so now. MY NEW LIFE








So this is my new life. Alhamdulillah. Kalau dulu aku free hair now aku dah "Bertudung". One day tu la, sejak bila aku minat membaca magazines "NUR" pulak tu. Tengah belek-belek model yang pakai tudung tiba-tiba "Cantik gak bila bertudung ni erk" It me!! Erkk betol ke ni? Betol ke kata hati aku yang cakap tu?? Memang tak dinafikan pun. Bila bertudung  ni amatlah cantik. Ini kan tuntutan agama. Bak kata kawan-kawan aku. 


Cepat ke?? Rasanya tak kot. Ni pun dah terlewat sangat. Dulu ada terniat konon-konon lepas kawin baru nak berubah, tp sampai bila kan. Belom tentu jodoh aku tu cepat. Sampai sekarang pun belum jumpa lagi jodoh aku tu. Bayangkanlah kalau jodoh aku lambat lagi. Takkan aku nak tunggu sampai aku ada jodoh baru nak berubah Tu pun Belum tentu jodoh aku "Dah terlambat dik" kata orang. Kalau macam tu sampai tua la aku tak berubah. So aku amik keputusan secara drastic. Aku buat perubahan pada diri aku ni. Alhamdulillah berjaya, Insyallah.


Banyak lagi yang aku kene belajar. Bukan setakat ni je. 






Insyallah aku nak jadi anak yang solehah untuk mak & ayah aku. Insyallah. ini la perubahan yang aku dah buat pada diri aku. aku harap perubahan ni membawa kegembiraan & kebahagiaan pada diri & kehidupan aku selepas ni. Moga Allah memberikan taufiq & hidayah kepada aku untuk menjalani kehidupan baru aku ni. Itu je la aku nak berkongsi kegembiraan atas perubahan aku lain hari aku story lagi. Moga niat aku bukan takat ni je. Kawan-kawan doakan yang terbaik untuk aku, Bai, wasalam..



seharian atas bas

assalamualaikum 4 all mmbers..story ni dah agak lame gak la dok dalam draft aq.cume tak sempat nak post.maklom la aq membizikan diri dengan study takde mase nk dok depan lappy 24/7/h/d..(actualy mase aq coret cerita ni aq tengah stdy lg.but now aq dah abis stdy n dah grad pn.. hehehe  lame kn)


lame gak aq tak sentoh blog ni.maklom la takde coretan yang menarik untuk aq titipkan.maaf untuk semua!!!semalam.(semalam ke) IPTA & IPTS start cuti dah,so ramai giler la cowok2 gewe2 pelbagai IPTA & IPTS kat terminal makmur, kuantan. macam2 ragam aq buleh tengok kat situ.menarik jugak law skali sekale dapat cuci mate macam nih.tenang siket jiwa & pemikiran aq yang sememangnye tengah serabot. takde la bertambah serabot sangat nak pikir pasal study...study...study.


nak dipendekkan cerita.aq pun tergolong dari mereka2 semua tu.woaaahhhh excited punye aq nak lek kg.abis klas ari jumaat tu,teros aq berdezzzupppp blek umah sewe.smpai2 umah jek troz aq packing beg nak balik kg.dah macam nak balik beraya la gamaknye..balik kg..ooo..balik kg.excite gile la katekan,smpai aq terlepas kata kat dak umah aq sndiri "ko takyah balik la Tan dok jek cini jage umah"aduyaiiii ape daaa tak bek tol aq cakap macam tu.sorry Tan aq tak singaje.."tapi dalam ati sengaje jek"..disebabkan pikir nak balik kg jek..satu ilmu pun tak sangkot lam pale otak aq nih hah..otak memasing dah kat kg.rindu kat bantal bucuk kat umah ,rindu masakan mak,rindu kat cik pakwe (ade ke?),pikir nak g dating kat mane ( dating dengan sape?), nak g vacation ngan famly kat mane chines new year nih.law g resort sure full kene sebat ngan orang singapore..al gamaknye dok kat umah depan tv jek la layan chennel kat astro..cun gak tu..sambil2 sedut air sirap selasih ngan tibai maknye jajan kat kedai...woahhhhh menarik2.


balik,kite ke cerita asal..settel aq packing2 barang,aq pun persiapkanlah diri aq plak.dengan pantas aq rembat towel troz g mandi...agak kejong gak sebab kat kuantan cuaca asik ujan jek...gile sejuk...so bermula detik2 "seharian atas bus". aq pun dengan beg yang sarat dengan muatan2 entah ape2 jek aq sumbat tadi..turon ke garaj (umah flat tingkat bawah dh jadi bengkel kete) tempat member aq tunggu..seb bek la ade member yang setia sanggup tumpangkan aq ke busten..law tak memang menagis la..excited punye psl..tiket bus kul 5pm tapi kul 2.30pm aq dah kuar dari umah...huhuhuhuhuhu...gile tak gile la nih....


sampai jek aq kat busten,pergghhhh dah macam ape la busten ari tu...penuh yang amat..tersangat2 la rmai student2 yang nak balik kg.."haissshhhh cepat tol la dieorgnye klas abis"...mengeloh la gak coz takde seat buleh duduk kat situ..kematu kaki nak berdiri berjam2 ngan beg yang sangat2 berat..beg sandang + beg laptop + handbeg dah upe macam penjual beg jek.tapi takpe aq tak kesah orang nak cakap aq penjaja beg ke penjual beg ke aq accep jek..yang pentingp aq dapat lek kg..die orang jeles la tu..tunggu punye tunggu jam baru kul 3 lebey..perot pun dah bagi amaran lampu merah...so aq pun ajak member2 aq g melantak.masing2 dah memang lapo tahap gabana punye...so aq oder teh-o ais + nasi goreng ikan masin...memang terbaik mak cik 2 masak..muverlosss...member2 aq pun order la makanan memasing...makanan sampai jek tanpa toleh kiri & kanan degan dimulai dengan kalimah Bismillahhirahmannirahim.......nyummmm....nyummmm..nyummmm....tak smpat abis doa pun..dah senyap,masing2 kebulo..


ini bukan pendek ni..ni dah panjang sgt aq cerita ni. dah boleh buat novel. ok la..meh sini aq pendekkn betol-betol..nak taw x pukul berapa aku sampai kat kg halaman aq??cube la teke....hehehehe..sangat dasyat,tak pernah seumur idop aq naik bus sampai 14 jam (termasuk la waktu menunggu nak naik bus n tunggu ayah aq dtg amik kt busten larkin)..aq rase law aq dr jb ke perlis pn dh lame sampai taw..ini pahang ke jb je kot..menagis aq..huhuhu (kat sini aq tipu la) aq tak nagis pn..sampai rumah je aq teros masok bilik membuta..tak sempat tukar baju cuci muke bagai..mg giler..


kenapa sampai 14 jam?? tu la pasal..bas yang aq naik tu boleh pulak rosak tepi jalan..area PEKAN kt pahang gak la..time tu bru sejam je bas tu gerak..tup2 die benti tepi jalan daaa..dekat 4 jam gak aq terkandas kt situ..disebabkan pakcik driver ni begitu pandai dan pantas..terpakse la kami2 yang naik bas tu tunggu sampai bas lain dtg..hampir pukul 10 pm bas bantuan dtg..hampess sungguh.


aktiviti aq dlm bas selain duduk. boleh siap on9 lg taw. ape lagi..tidur la..aq igt lepas bas bantuan sampai selesai dah masalah..rupenye belom selesai lg..ish3..letih?? tah boleh nak cakap letih die. sampai aq tetidur x sedar diri. seb bek ade junior aq tolong kejutkan. kene kejut sebab tukar bas lagi.time tu aq dh tak sedar kat mane..aq rase law org dtg culik aq pn dah jauh kot die bawak lari aq..thailand pn dah buleh sampai kot. huhuhuhu..


aq rase ade 3 kali bas yang aq naik tu ditukar. aq pun tak taw ape masalah die sebenarnye..dalam hati memang dah abis aq sumpah seranah bas tu..sebelom bas bantuan sampai. and the last trip bas tu teros gerak balik jb..alhamdulillah selamat sampai kt basten LARKIN. tp!! aq tak sedar pun bas tu dah sampai. taw2 pakcik driver yang kejut. aku tak sedar sebab dah tidur mati. aq bangun aq pandang sekeliling dah kosong..siot tol la dieorg x kejotkn aq.seb bek xde pape berlaku bahaya sey.. agak la dr pukul 5pm (eh 5pm ke? bukan aq keluar rumah kul 2.30pm ke!!)aq gerak dari kuantan..sampai jb pukul 4lebih am. gile tak penat!! 







...............................





mabok ape budak ni?? hakhakhakhak...time ni bas dah sampai destinasi pun. aq pn tak taw nak cakap apa..time aq turun bas seriously mata aq tak bukak pun..sampai la aq nak turun dari bas tu lagi sikit nak tergolek kat tangga bas tu..seb bek ade pemegang kt tepi tu..sempat gak la aq berpaut kt situ..law tak dh gedebukkk cam nangka busuk aq rase..malu giler aq ngan pakcik driver tu..teros segar dua bijik mata aq ni hah..akhirnye aq selamat sampai gak kt rumah..perghhhh tak hingat die punye penat la..balik je teross...ZZzzzZZZ..sampai besok..besoknye pun aq balas dendam lagi..ZZzZZZzzzZ...the end.


ni je cite aq. so pada korg2 yang still stdy yg sentiasa gunekan perkhidmatan awam kat luar sana..berhati2 la..jangan sampai jadi macam aq ni hah..seb bek aq bleh sabar (sabar ke cik kak oit? dah berapa banyak sumpah seranah ko keluar hah..hehehehe) biase la tu tgh geram sakit hati..dah la..penat aq story ni..air pn xde..biskut mayat pn xde...air liur aq pn dah kering ni..jumpe lagi all..chill :)