SAHABAT SAMPAI MATI

assalamualaikum wbt....

telebih dahulu aku nak ucapkan "SALAM AL-MUBARAK" buat semua.
selamat berpuasa.

pagi ni aku bersyukur sebab diberi peluang untuk bangkit seperti semalam.
alhamdulillah.

actually aku memang buntu tak tahu nak story ape dekat entry aku kali ni. 
tapi rasanya aku ada la story sikit nak share.

tadi sebelum aku keluar rumah
sempat jugak la aku capai diary lame aku
kunun-kunun nak tengok la kalau-kalau ada alamat member tersesat dalam tu.
tengah belek-belek tiba-tiba aku berhenti pada satu page.

"SAHABAT HINGGA AKHIR HAYAT"

kenapa dengan sahabat ni?

perkenalan aku dengan dia semasa di "program latihan khidmat negara"

aku pernah mempunyai seorang sahabat yang pada aku die seorang sahabat yang sangat baik

kenapa aku cakap die baik?

die seorang yang memahami aku
walau dalam susah senang
dia sangup buat apa sahaja untuk aku
asal boleh menggembirakan aku.
asal aku senang.
asal aku tak sedih lagi.
semestinya aku senang dengan dia sebab dia suka buat lawak.
dia suka buat aku ketawa.



satu hari aku sedih selepas dikecewakan dengan mahluk yang bergelar "lelaki
aku mintak die datang rumah
dia datang!
even dalam hujan, lebat pulak tu
dia datang jugak, walaupun aku tau masa tu dia baru sampai rumah dia
and than hujan lebat
dia redah jugak semata-mata nak jumpa aku.
semata-mata nak stopkan kesedihan aku masa tu.

how very lucky i have a friends like him!!

aku rasa beruntung sangat mempunyai kawan seperti dia
dia tak pernah berungut bila aku sentiasa menyusahkan dia.
bila aku susah, aku carik dia
bila aku sedih aku panggil dia
dia layankan je ape yang aku buat pada dia
walaupun agak melampau-lampau
dia ikut kan sahaja
hubungan kiteorang tak berpanjangan



aku anggap dia seperti kawan yang boleh merasai susah dan senang
tapi dalam diam 
baru aku tahu kenapa dia layan aku begitu baik sekali
selama ni aku buta
mata aku, hati aku, jiwa aku
dah tertutup dengan kegelapan
yang tak boleh nampak dengan cahaya mancis

aku benar-benar buta kali ni
dia tak pernah ambil kesempatan atas aku
apatah lagi luahkan perasaan pada aku
tak sangka
dalam diam rupanya dia ada perasaan pada aku
aku tahu pun dari dia sendiri
bila dia sendiri berterus terang dengan aku akhirnya

tapi tak semudah tu aku nak terima dia
aku anggap dia macam kawan je
lagi pun aku malu dengan dia
aku selalu sakitkan hati dia
aku selalu kutuk dia
aku selalu burukkan dia
aku selalu ejek die "pendek & ketot"

kadang-kadang bila aku ingat balik kisah-kisah lama
rindu pulak nak bergurau dengan dia
dia layankan aja
tak pernah amik hati dengan aku
walaupun apa yang aku cakap menyakitkan hati dia
aku pasti sangat-sangat
dia mesti terasa hati setiap patah perkataan @ ayat yang keluar dari mulut aku ni



aku nak say sorry kat dia
aku bukan sengaja
aku anggap dia macam kawan baik aku
walaupun aku dah kutuk dia macam tu dia tetap terima aku

after dia luahkan perasaan dia pada aku
kiteorang dah tak saling berhubung
die hilang entah kemana
aku pun memang tak contact dia dah
sebab aku tak boleh terima dia
dan aku kesal jugak kenapa dalam hubungan tu mesti ade perasaan

kadang-kadang bila aku teringatkan dia selalu aku doa 
"Tuhan temukan la aku dengan dia, moga aku boleh meminta ampun kepada dia"
oneday tu mungkin Tuhan nak tunaikan permintaan aku
tak sangka dunia ni kecil je
aku jumpa dengan dia secara tak sengaja
kiteorg beborak sekejap
and sempat jugak aku mintak maaf kat dia
everything will be fine

now aku dah tahu
dia dah ada peganti yang lebih baik
alhamdulillah..
moga kau berbahagia hingga ahkir hayat wahai teman.

"KAU ADALAH SEORANG SAHABAT AKU DI DUNIA & DIAKHIRAT"



THE END






No comments: