Feeling down

Aku hanyalah pungguk yang rindukan akan bulan. Entah mengapa perasaan ni jadi tak keruan. Teringatkan dia, tapi siapalah aku untuk mengharapkan sesuatu yang tak pasti. Hanya mampu menanggung sakit keatas perasaan sendiri.

Entah-entah dia sedang berseronok dengan kehidupannya. Siapalah aku untuk porak perandakan kehidupannya. Aku hanya wujud ketika keadaan menjadi senyap & sunyi. Aku akan menjadi sangat berguna apabila dia menuju jalan buntu untuk hari-harinya. 

Aku cuba untuk mendiamkan diri supaya aku tidak terperangkap dalam jerat hati & perasaan. Tapi, sekuat manakah aku?

Gundah

Assalamualaikum,

Kita hanya mampu duduk disebelahnya. 
Tapi kita tidak mampu memilikinya.
Umpama bayang-bayang.
Muncul apabila cahaya itu datang lalu lenyap apabila tiba masanya.

 Permainan kehidupan yang kadang kala kita pun tak mampu untuk menduga.
 Baik atau burukkah keadaan tu.
Hanya pergerakan hati mengikut citarasa jiwa.

Ahh.. Anak muda mana tahu erti baik & buruk
Yang pasti jiwa terisi tanpa ada ruang-ruang kosong yang membelengu diri.
Apa yang meraka fikirkan ya?

Apa lagi yang meraka mahu?
Mencipta lakonan demi lakonan
Untuk mengisi kekosongan ruang

Jalan terbaikkah?
Terfikirkah mereka akan hati-hati lemah 
Jiwa-jiwa dan pengharapan yang segunung?
 
Terkadang kita berfikir sejenak apakah yang mereka mahukan....