Gundah

Assalamualaikum,

Kita hanya mampu duduk disebelahnya. 
Tapi kita tidak mampu memilikinya.
Umpama bayang-bayang.
Muncul apabila cahaya itu datang lalu lenyap apabila tiba masanya.

 Permainan kehidupan yang kadang kala kita pun tak mampu untuk menduga.
 Baik atau burukkah keadaan tu.
Hanya pergerakan hati mengikut citarasa jiwa.

Ahh.. Anak muda mana tahu erti baik & buruk
Yang pasti jiwa terisi tanpa ada ruang-ruang kosong yang membelengu diri.
Apa yang meraka fikirkan ya?

Apa lagi yang meraka mahu?
Mencipta lakonan demi lakonan
Untuk mengisi kekosongan ruang

Jalan terbaikkah?
Terfikirkah mereka akan hati-hati lemah 
Jiwa-jiwa dan pengharapan yang segunung?
 
Terkadang kita berfikir sejenak apakah yang mereka mahukan....
 

 
 
 

No comments: