Pengakhiran dalam pencarian

Assalamualaikum..Hai.. Hari ni takde apa pun yang menarik nak dikongsikan. Cuma tadi bila belek-belek satu blog member ni ada la terjumpa entry ni. Osem giler dah lame kot mencari lagu tu. Akhirnya jumpa jugak. I lap u so much la pada Newborn Panda sebab dah pertemukan pengakhiran pencarian aku. Suka sangat-sangat. Kalaulah si Newborn Panda ni ada kat depan aku, for sure aku felok-felok kiss-kis sama dia. Upss!! Jangan marah ya gurau je. Compom pas ni 24hours aku akan ulang dengar lagu yang sama sampai muntah. Actully lama dah tau kewujudan lagu tu, tu pun tau dari drama kat tv. Cop-cop!! aku bukan hantu drama melayu hokey! Aku suka sebab muzik dia menenangkan jiwa tu je. Tapii...bile dengar ulang-ulang kali tetiba rase sebak plak. Macam sedih pun ade. Hahaha.. It ok la perasaan boleh dicontrol lagi. But thanks a lot and credit to Newborn Panda coz dah bagi ilham pada aku. Daaa dulu all..

Pengharapan.

YaTuhan, sakit tak tertanggung rasanya. Apa yang kau sediakan untuk diri ini 

YaTuhan. Permudahkan la segalanya YaTuhan. 

Aku memerlukan sesuatu untuk membencinya. 

Tapi aku masih memerlukannya. 

YaTuhan, apa yang harus aku lakukan. 

Sampai bila harus aku menyimpan segala duka ini. Sedangkan dia setiasa bergembira tanpa mengetahui isi hati aku. 

YaTuhan, kuatkan la aku menempuhi ujianmu ini. 

Jahatkah aku sekiranya aku menyayanginya dalam diam?

Jahatkah aku sekiranya aku pendam perasaan padanya?

Jahatkah aku sekiranya aku ingin berkongsi suka duka dengannya?

Jahatkah aku menganggunya?

YaTuhan, sesungguhnya aku keliru dengan ujianmu. 

Tetapi aku pasti. Aku tidak akan dapat apa yang aku inginkan. Pasti...

YaTuhan, sakitnya bila keseorangan menanggungnya. 

YaTuhan, tidakkah die bersalah membuat diri ini sebegini?

YaTuhan, tidakkah ada sedikit perasaannya padaku?

YaTuhan, tidakkah terlintas apa yang dilakukan selama ini telah membuat aku jatuh hati padanya. 

YaTuhan, hanya padamu aku berserah. Jika benar dia bukan untukku. Kau jarak kan lah kami sejauh yang mungkin. Aku tidak mampu menanggung kesakitan ini lagi. Dan aku tidak mampu berhadapan dengannya saban hari YaTuhan. 

Nikmatmu

Bismillahhirohmanirohim..

Setia menanti pada rezekimu YaTuhan. Berikan kami nikmatMu. Dengan berbekalkan saat2, minit2 masa yang terakhir ini YaTuhan. Segala nikmatMu tidak terperi rasa syukur kepadaMu. Aku seorang hamba yang hina memohon kepadaMu. 

Ditepian ciptaanMu. Aku sabar menanti. Sabar melihat. Ditepian ciptaanMu. Setia aku disisi menanti nikmat rezeki limpahanmu. Suasana hening ciptaanMu YaTuhan. Aku terkesima melihat,menatap. Sesunggungnya Engkau adalah pencipta segala kemungkinan. 

Aku memandang ke dada langgit. Agungnya ciptaanMu. SUBAHANALLAH..ALHAMDULILLAH. Hanya itu yang mampu aku ungkapkan. Mengalir air mata apabila menikmati nikmatMu. Hanya padaMu sesungguhnya Tuhan sekalian alam..

SYUKUR...ALHAMDULILLAH...

Harapan Yang Tak Pasti

Harapan untuk menjadi sahabat yang sejati hanya mimpi yang mampu aku rasakan dikala ini. Apalah nasib yang menimpa aku selama ini. Harapkan lain. Lain pula yang jadi. 

Begini la jika sudah mendekati dengan isi hati perasaan jiwa. Kacau segala2nya jalan cerita yang sudah tertulis. Hanya aku sendiri yang mampu mengubahnya menjadi jalan cerita yang terbaik, dan terindah. 

Betul. Tidak semuanya harapan yang kita harapkan mampu menjadi realiti. Kadang kita terleka dengan cerita kehidupan kita. Sampai satu ketika kita tersesat dengan cerita kita sendiri. Tidak mampu mencari jalan penyudah. 

Namun, mungkinkah penyudahannya terbiar terkontang kanting sebegitu sahaja? Mungkin akan ada keajaiban yang akan berlaku? Takdir kehidupan yang kita tidak dapat menyangkal dengan akal waras. Apakah ini semua satu kemungkinan?