18.11.2011

hari ni aq betol2 x de mood..asal??entah tp betol2 aq x leh terima ape2 masok lam otak..dr aq bangun tido smpai la ke la ni!!!giler..x penah2 aq rase mcm ni hampir bertahun2 skang ni jadi balik..
serba x kena jadinye..argghhhh...

semakin aq tgk page fb.tagged n sebagainye..semakin memberontak pulak mood aq..ape la yang x kena ni..situasi ni menjadikan aq serba kemalasan dalam setiap aktivitiku hari ini..

nasib la pada sesiapa yang nak berkata2 dengan aq..memang aq xde mase nak layan..(ayat yg menyakitkn ati) harap maklom..

menyusahkan aq tol la keadaan aq ni...aduyaiii..life aq macam xde semangat langsong...nak mengarang pun xde mood...aq stop dlu la..nnt law mood aq dh smpai aq karang puas2...

BECAUSE I'M STUPID

jiwa kucar kacir, hati serba salah, mulut rasa macam nak jahit-jahit @ tanpar-tampar bagi penyedap rasa.

"law taw sumpah taknak tanya"

tengok!aq gak yang tak senang duduk "stupid" tol la aq ni.



**********



aq rase "stupid" giler ar ngan soalan aq malam tadi.sekarang aq pulak yang tak senang duduk.tu la mulut macam tempayan sangat.tak reti nak stop-stop dari bercakap.ni la jadinya.

tak pasal-pasal teroz takde mood jek semalam.argghhhhh...kusut la wey..taw tak berapa malu gile aq ngan die sebab soalan "stupid" tu.

elok jek semalam kuar still lagi ceria,gelak-gelak,happy-happy,nganjing-nganjing.balik umah jek,sorang majok(tak de la merajok sgt just serba salah).sorang tak tentu arah pikir soalan "stupid" aq tu.

"Arggggghhhhhh!!!!! stupid..stupid..stupid gilerrrrr!!!!!"

aq tak penah rase sestupid ni la.




**********





aq sebenarnye tak terlintas nak tanya pun soalan "stupid" tu.tapi aq sangat takot.takot dengan "hati" aq sendiri..


"u tanya kenapa i takot kan"

"i takot dengan hati i sebenarnye"ini jawapan untuk soalan u semalam.

"y"


"coz,i tak nak ade ape-ape harapan dengan u"macam u cakap gak..(taknak beri harapan ape-ape kat i)




**********




if u read my entry.i just wan to say:-

"sorry a lot"

"anggap sume tak penah jadi"

"anggap i tak penah tanya soalan stupid tu"

"i malu gile ngan u"

"hopefully buleh jadi macam dulu.tak pikir bukan-bukan"

"plzz"

"because i'm stupid"




**********




u all mesti nak taw apa yang jadi sebenarnya kan?tapi sayang sekali aq tak boleh nak story kat cini.coz bende ni amatlah "stupid" pada aq.



p/s :- pada sesape yang agak-agak ader terminat ur tersuka @ someone tu be careful.takyah la nak lentok-lentok sangat. lom tentu u all buleh dapat si dia tu. ur die suka kat u all.








semalam punya cerita

tik..tik..tik signal kiri aq bagi..tik..tik..tik..signal kanan plak.cilok sane cilok sini.akhirnye lepas gak aq dari jammed.

"fuhhhhh!!"

hampes punye manusia tak reti nak dok melepak kat rumah je ke.law boleh bom dah lame aq bom jalan raya nih.nasib baik malaysia still mengamalkan undang-undang bersepadu.so x berani la aq nak buat gitu.

"aq bukan pengganas"

balik pada cerita aq.ni semalam punya hal la ni.letih gile g mencarik karpet berunsur "pejabat punya" tak jumpa-jumpa.pusing-pusing aq 1 jb.x jumpa-jumpa.kecuali bandar je aq tak jejak.tengah leka aq drive tetiba

"kring..kring..kring" bingit giler.

"mak tekan merah!jawab!"

"hah!ye..ye..mak cik tak tahu la pulak,nanti kejap ye.nah!"

ape jek la yang ditanye tu.

"sapa mak?nak apa?"

"entah!nah cakap!"

"cik ada reserve untuk buka puasa di bla..bla..dah bayar suma..bla..bla..comfirmation..bla..bla.."

muka aq dah kerut-kerut.kunun-kunun memikirkan sesuatu yang aq sendiri dah taw jawapannya.cehhhh..memang la aq tak de reserve apa-apa pun.bile mase lak aq reserve-reserve ni.

"i call u back!i x de reserve apa-apa pun"

"ok..ok"

selesai cakap aq bagi phone kat mak."tekan merah." hangguk die,sapa lak suka suki mak tiri die jek pakai nama aq.macam gampang pun ade.ahaaaa.otomatik satu nama naik kat pala otak yang tengah biol pikir-pikir pasal mende tadi.apehal lak name die?tanpa pikir panjang otomatik dengan pantas jari-jari aq "tet..tet..tet" dail number tu.

"u,u ada buat apa-apa guna nama i tak?"(ayat tunggang tebalik tapi dah dibetulkan untuk kepahaman pembaca)

"buat apa u?"(suara tengah tido)

"macam ni!u ada reserve buka posa kat mana-mana atas nama i tak?"

"takde pun"

"ok..ok..comfirm ea takde?"

"betul sayang takde"

"ok..ok..then i call u back jap lagi!i tengah drive ni."

"ok..ok"

"ok..bye!"

sapa pulak mangkok yang dah guna nama aq ni.otak ligat memikir-mikir.badigol tol la.law aq taw sapa aq bom jek mulot die.macam hampess.memang la 2-3 ari lepas aq cakap nak buka posa kat luar.tapi tak jadi!.

dengan sepantas kilat aq call budak operator tadi.tapi hampess.takde jawapan.sah-sah aq kene kencing ni.badigol samdol tol la.nak kencing,kencing lam longkang la wey!!

dah satu kes kene kencing,bapak malu muka aq ni plak nak letak mane dah satu kes.aduyaiiii..seb bek la orang yang kene tudoh ngan aq tu paham.hai-hai malu giler bapak wey!!

nasib menyebelahi aq.die tak marah aq.malah paham & siap kene bahan lagi dengan die..adusssss..."kelepek" amikk ko sejibik.he he he..kenape aq tetiba boleh teringat die plak yang guna nama aq tu.coz 2-3 ari lepas aq ade ajak die buka posa sama-sama.(semalam la tu) sebab tu la nama die timbul kat otak biol aq ni.takde orang lain dah.

sempat lagi aq singgah kat bazar ramadhan kat bbu.balik umah cmfirm-comfirm tak sempat nak masak punye la.aq pun ape lagi carik-carik lot parking..bapak full siottt.siap beli serba dikit kuih muih aq pun gegas capai mak.

"moh ler kite balik mak,ujan pun dah turun ni.ak ade nak beli apa-apa lagi ke?"

"takde.jom la."

sampai kat rumah jek jejak-jejak orang dah nak buka dah.tinggal bape minit jek lagi.fuhhhh!!seb bek sempat sampai.he he he.pas buka posa + solat + rest-rest aq text kat die.(orang yang kene tuduh tadi petang)

"u,sorry taw ptg td,i tdoh bkn2 sorry a lot"

takot beb kang die pikir bukan-bukan lak pasal aq.

"ta pe..u tanya je kan.,mana de td0h2.,"

bla..bla..bla...

macam-macam yang kiteorg bualkan malam tadi.sampai xde idea nak text ape dengan die.Alhamdulillah die tak marah.kebetulan aq ada ajak die buka posa sekali hari tu.sebab tu la die paham kenapa aq teringat die orangnya.padahal aq dah bengang giler dengan die..malu..malu..malu..aq rase pkai blushing pun tak merah la wey.

Alhamdulillah bukan die orangnye.last-last aq bukan pegi pun kat restoran yang budak operator tu cakap.kat mana tempat die pun aq tak tahu beb!aq buka posa kat umah jek.ngan family aq..lagi best.

p/s:agak-agak la bulan posa kot nak kelentong orang..buat tambah dosa jek!!

after 7 years

ini cerita 4 bulan lepas punya kes.apesal la slow sangat aq update blog nih.saje jek takde mood.nak naip mesti ade mood gak.baru semangat merdeka beb!(aq melalot jap)

bulan lepas.ape jadi erk.owhh,aq kenal ngan sorg guy ni.kenal punye kenal sekali skoolmate aq la.cehh doloo2 mse kat skool taknak aq tegur.skang plak ade hati nak tegur2 orang.

aq gelarkan die mr.s jek la(utk tak menjejaskan reputasi die) sejak kenal dengan mr.s aq rase happy jek.apesal gitu plak?entah erk..may be mr.s selalu buat aq happy & nak gelak.tapi die buat lawak ke?watever!!but he make me smile & happy always when we "lepak same2".

erkk..apesal lak aq ari ni.macam nak layan jiwang jek.forget it jiwang2,ni bukan mase nak jiwang2.tapi lebih pade berase hati.alahaiii sitip la plak aq nih..ape kes la hati minah nih.tak paham aq.

"hai hati nape plak ko nak sitip2 lak ni"

takpe la kite sambung cite lain hari plak..hati aq dh sitip ni wey!!

SAYANG "MAK"

entah ape aq nak tulis kt sini hari ni..tapi memandangkan aq kena lalui keadaan yang aq rase tak penah seumur idop aq,aq lalui,tp hari ni aq dah melaluinya.rase tersentuh la plak hati kecik aq ni.

ape perasaan korang bile tengok seseorang yang korang sayang,seseorang yang dekat dengan korang,seseorang yang dan menjaga korang sejak keluar dari rahim telah mengalirkan air mata???dia menagis kerana orang yang dikasihinya & disayangi?

fakta mengatakan."menjatuhkan air mata seorang ibu,maka derhakalah anak itu terhadap ibunya" bila aq ingat2 balik ayat tu rasa takot,kecot perot,berdosa..hurmm..tak senang duduk macam tu.

tapi kenape aq plak yang nak rase macam tu?bukan aq yang buat!memang bukan aq yang buat.tapi tempiasnya terkena pada aq.ishhhh!

tapi ape pulak perasaan orang yang dah melakukannya??dia tak rase macam aq rase ke??manusia semakin hari semakin tua bukan semakin muda.beringat sebelum terlambat.

suatu pagi kawan aq bertanyakan soalan yang bagi aq sangat la ngok.tapi berguna gak.

"pet aq nak tanye ko satu bende ni ko tolong jawab ea?derhaka ke kalau kita buat mak kite menangis?"

aq jawab "ko ni macam tak skolah agama jek." "ofcoz la derhaka dowh.apesal??ko buat mak ko nagis ke?"

dia diam seribu bahasa.aq tenung mukanya.diam..kiteorg buat hal masing2.



**********



tengah aq kusyuk kat dapur tetiba mak duduk kat bangku dapur."apesal lak mak nih?lain macam jek!!tak penah2 duduk berehat tetiba ari ni dok berehat lak"tengah best aq buat keje tetiba mak bersuara

"no,mak nak cakap ni" time nih ati aq memang dah tak sedap macam buah mengkudu busuk dah."ape kebende la yang mak nak cakap nih,macam serius jek"


dalam otak aq dah berlegar2 soalan demi soalan..

mak memulakan storynya.
"pagi tadi mak ingatkan kat abg pasal hutang die dengan kawan die.mak sedih bila abg reply cakap mak macam ni "mak ada duit?mak bayar la!"

aq tengok muka mak.sayu,sedih,terkilan.aq hanya mampu berdiam sambil mata masih memerhatikan riak wajah seorang tua didepan aq.seorang tua yang amat aq sayangi & cintai.



**********



aq dah agak sumenya.takde hal lain ke selain dari hal tu.

jangkaan aq meleset pasal mak.aq ingat mak dah boleh lupankan ape yang terjadi pagi tu.rupa2nya,kesedihan mak berlanjutan sampai 2,3 hari.

aq buntu.aq tak tahu ape yang perlu aq buat.

nak pujuk!aq tak reti nak pujuk."diri sendiri pun tak terpujuk,nak pujuk orang lain.hampess"kata aq sendiri.

sampaikan satu petang.kebetulan kawan abg aq balik kg singgah la kat rumah aq ni.nak jumpa mak katanya.(dah angap mak aq ni mcm mak die sendiri).lalu aq cari kelibat mak.merata aq cari.tapi tak jumpa gak.

"mana la plak mak ni?bilik takde.bilik air pun takde."(cakap sesorang)

aq buntu.dan akhirnya bila aq buka pintu bilik tidur aq.aq tengok mak tengah membongkok sujud.rupa2nya mak tengah solat.lalu aq biarkan dia habiskan solatnya.



**********



"mak! abg s kat luar tu nak jumpe mak,die nak balik dah tu"(nada cukup slow).
takde ape2 riaksi dari mak.cuma gelengan kepala yang aq dapat lihat.

"abg s!jap mak sembahyang"(cover untuk mak)

macam2 teknik aq fikirkan macam mane nak pujuk mak.
aq tahu mak terlalu sedih.dari riak wajah die aq dapat baca.

hati aq mula rasa sebak bila sekali lagi aq buka pintu bilik.dan aq tengok dengan mata kepala aq sendiri setitis demi setitis air mata mak jatoh.secepat mungkin mak mengesat mata dia supaya aq tak nampak.tapi sayang.aq lebih dulu nampak.

dengan perlahan aq duduk kat sebelah mak.sambil memeluk tubuh tua tu.lalu "dah la tu mak,jangan nagis lagi."dengan perlahan aq memujuknya untuk jumpa dengan abg s.



**********



"mak tak nak la keluar,mata mak bengkak,macam mana mak nak keluar ni?"

"ala mak basuh la dengan air comfirm x bengkak dah"

saat nih hati kecil aq dah tergelak2 gak..tp control beb!susah gak nak pujuk mak nih.hehehe..atleas aq dah buat ape yang sepatotnya.

mak kaluar dan berjumpa dengan abg s setelah aq berhempas pulas memujuknya.jatoh gak la air mata aq bile kenangkan ape yang mak lalui.(teros insaf dan berhati2 bila bercakap dengan orang yang lebih tua)

"yesss!!berjaya gak aq pujuk mak.tapi sedihnya.kat sape aq nak ngadu ni?"

alhamdulillah.mak semakin baik.

"mak sedih bila abg cakap macam tu kat mak"(ayat yang mak akan ulang bila dia berasa hati @ sedih).

mak pesan jadikan pengajaran ape yang dah berlaku ni.jangan sesekali buat kat orang tua macam tu.

akhirnya mak keluar jugak.lama jugak dia menjaohkan diri dengan abg.tapi bak kata pepatah "air dicincang takkan putus"

bagi aq.memang aq tak puas ati gak la.tapi nak buat macam mane aq takde kuasa veto pun.so saba jek la.dari sini aq lebih berhati2 bila nak bercakap ngan mak.atleas aq dah belajar perkara penting dalam hidup aq.mulai hari tu aq selalu jaga percakapan aq dengan mak.

aq tak nak buat mak sakit hati dengan aq sampai dia menangis macam tu.aq tak nak sama sekali.biarla walaupun hati aq sakit sekalipun aq terima asalkan hati mak tak terguris..aq SAYANG mak!!

p/s:- ape yang ada dalam minda aq sekarang ni.hati orang tua amat lah sensitif.so jagalah die sebaik mungkin.jangan menghiris perasaan mereka..mereka seperti bayi yang baru dilahirkan..bila terhiris die akan rasa sakit.

Home sweet home


Dulu aq amat suka dengan rumah aq ni. sebabnya dulu rumah aq dibuat menggunakan kayu.




Rumah Kayu @ Rumah Kampung


sekarang ni aq agak kurang berminat dengan rumah ni. sebab sekarang dah jadi batu





Rumah Batu


hah!!ada perbezaan kedua2 rumah ni. dan ada juga kebaikan dan keburukannye.aq lebih mengemari rumah lama aq sebab rumah lame aq tu diperbuat daripada kayu 100%.
apa ada ngan kayu??
aq suka sebab rumah kayu sejuk + selesa + mudah kemas + cantik + unik + macam2 lagi.

kalau balik kg mesti jalan kat area2 kg. bila tengok kawasan kg cantik + aman + bersih jek. "mak!!cantikkan rumah tu" "mak!!cuba tengok rumah yang tu pulak,bersihkan" "mak!!kalau kite duduk kg mesti rumah kite macam tu jugakkan??"bila tengok,cantiknya rumah kat kg2 ni.betolkan!!takyah nafikan lagi la memang cantik pun.





Ni keadaan rumah kayu yang kemas


Sekarang ni ayah aq dah tukarkan rumah yang aq duduk sekarang ni menjadi rumah batu."ayah ada magic ke?"bukan macam tu la.."ayah dah renovation umah ni supaya menjadi besar dan luas & menjadi rumah batu."walaupun x de ciri2 "wak kang" tapi ayah memang teror la.aq tabik spring same ayah.walaupun bukan kerjaya buruh binaan ayah dapat siapkan jugak ruman kami sekeluarga. di sini la tempat aq dan keluargaku berteduh.

tapi aq tak berapa minat dengan rumah batu ni. sebab die sangat besar + sangat panas & sangat2 senang nak sumbat barang banyak2 tapi susah nak kemas dengan elok.





Macam ni la keadaan rumah batu. Bersepah!!


Rumah batu plak bukannye tak cantik.cantik aje.skang ni arkitek kite dah lagi terer macam2 desing dieorg buat.

macam2 bentuk aq tengok rumah batu skang nih. Ade besar ade kecik. Ade sedang2 jek.

Mari2 pilih2 rumah baru,rumah lama,rumah kayu.

Dah macam promoter la plak..hahaha.

Ape2 pun aq tabik spring ngan arkitek kite skang nih. Mereka berjaya mencipta & membina lukisan yang mencapai kehendak masyarakat. Gud job..gud job arkitek..

Pasal umah aq lak. Dari dulunye yang kecil dah pun menjadi besar. Disebabkan tanggan ayah aq yang sangat kreatif dan inovatif tu la,so jadi la besar umah aq skang nih.

Aq lebih suka rumah lama aq. Sebab, bagi aq rumah lama ada keunikannye. Walaupun rumah aq berdekatan dengan lido.selalu la jugak kene masuk air pasang. Tapi aq sangat suke.buleh main air. Kalau air tu bersih dah lame aq tadah buat simpanan. Buleh jimat disitu.

Rumah lame aq kecil je.tapi aq suke sebab senang nak kemas.teratur & tak banyak barang yang boleh disumbat. Sekarang nih ruang pun dah besar & luas, so macam2 la barang dah disumbatkan lam rumah nih. Naik rimas gak kekadang tu.tapi nak buat macam mane. Bukan barang aq pun. “ What ever!”

Rumah baru ke rumah lama ke dua2 same sahaja.keselesaan kedamaian adalah di rumah sendiri. walaupun rumah aq sekarang dah makin luas aq tetap akan tinggal disitu. Kerana disitu la tempan aq membesar dan berteduh.
“Rumahku Syurgaku”


KEJA OH KEJA

habis sudah sketsah aq sebagai seorang pelajar.kini bermula la perjalanan hidup aq yang seterusnya.

skang dah tak payah pikir nak belajar..time 2 fine a job..keje oh keje.skang nih bukan mudah nak dapat kerja.

aq kene la keje beb!!hutang dah bertimbun.law tak keje sape lak yang nak tolong aq bayarkan hutang2 tu sume.takkan aq nak soh along bukit beruntung plak yang tolong bayar.haishh..jauhkan la.

cite pasal keje ni.member2 aq cakap."sekarang ni banyak keje,ko apply jek" ada yang cakap plak."nak dapat keje skang nih susah la beb!" ko tak try memang la ssh.ape2 pun bagi aq.dua2 same jek.keje kat mane2 pun ade.nak dengan taknak jek.so untuk kebaikan bersama.jangan la terlalu memilih kerja.

aq tak nafikan la bidang yang aq ceburi ni memang amat la susah untuk gurl macam aq dapat kerja yang sesuai.law ade pun dok kat opis jek la.dah kalau name pun "KEJURURTERAAN AWAM" memang susah syarikat nak letak sorang perempuan kat "site".apesal gitu erk??

relek la En.Boss.gurl pun buleh buat gak pe keje2 kat "site" tu.bak kate pepatah "dun judge a book by it cove la" hah see.sekarang ni dah tak mustahil lagi gurl buat keje guy.ni la orang kite sekarang ni.tak tahu ape2 dah discribe macam2.haishh!!

memang patot la pengangur2 kat luar tu semakin ramai.sebab mereka tak dapat @ tak diberi peluang untuk belajar @ bekerja.hurmm..sape yang nak bertanggungjawab tu???

keje punye pasal,pagi2 lagi aq dah bangun terus ngadap skrin keras aq ni.ape aq buat??see..carik keje la beb!!sambil tu update resume,sijil2 aq ni pun kene fotocopy gak.cover latter lagi.semangat la beb!!semalam aq dah abis riki keje2 yang sesuai ngan kelulusan aq.so hari ni permulaan hari untuk aq menyebarkan resume2 aq tu..hehehe..

"YaAllah YaTuhanku,kau permudahkan lah segala urusanku..amin."doaku.

kate orang tua2.."dimana ada kemahuan disitu ada jalan" betolkan.so ape yang aq nak aq hope dapat la.dapat keje!!

zaman sekarang memang tak boleh memilih kerja sangat.ape yang dapat kite rembat jek teros.dari situ mula la pengalaman yang boleh mendewasakan kita.sambil2 memacak karier.sambil2 menimba ilmu.tak salah pun.

lagi satu.ade ke istilah "sape cepat die dapat" dalam mencarik keje ni??macam nak lumba lari jek.bagi aq tak de la istilah tu.cume sape yang berusaha lebih die la yang akan mendapat keuntungannye.tol tak??

semalam bersengkang mata aq riki keje2 kosong yang ade kat dalam internet ni.memang tersangat la banyaknye.dari satu page ke satu page aq teropong.mudah.com,jobmalaysia,jobstreet,exl,syarikat2 yang memang ada dalam senarai simpanan aq.terlampau banyak.tak tahu aq nak apply yang mane satu.

aq buat keputusan untuk hantar terus resume aq ke jobmalaysia yang memang terlampau dekat dengan umah aq yang sekangkang kera tu.law nak menapak g opis tu pun buleh..sambil2 excersice.tapi aq ni jenis pemalas nak jalan panas2.maklumlah puteri lilin.yearrrkk!!geli ketiak aq..hahaha..ape gune ade transport,rembat jek la.

p/s: pada penganggur2 diluar sana.pesanan dari aq untuk korang sume.jangan la terlalu memilih kerja.coz walaupun jadi kerani je.rezeki yang kite dapat hari ni adalah usaha kita sndiri dari titik peluh kite sendiri.berpuas hati la dengan ape adenye.ariossss..

my story

this is my story..watch and thinking about your life...see yaaaa!!



www.this-is-my-story.com/v/5MOKFE2R084E

Mandi Junub

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..

Assalamualaikum,

Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”

Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).

(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

Wassalam.

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain.