SAYANG "MAK"

entah ape aq nak tulis kt sini hari ni..tapi memandangkan aq kena lalui keadaan yang aq rase tak penah seumur idop aq,aq lalui,tp hari ni aq dah melaluinya.rase tersentuh la plak hati kecik aq ni.

ape perasaan korang bile tengok seseorang yang korang sayang,seseorang yang dekat dengan korang,seseorang yang dan menjaga korang sejak keluar dari rahim telah mengalirkan air mata???dia menagis kerana orang yang dikasihinya & disayangi?

fakta mengatakan."menjatuhkan air mata seorang ibu,maka derhakalah anak itu terhadap ibunya" bila aq ingat2 balik ayat tu rasa takot,kecot perot,berdosa..hurmm..tak senang duduk macam tu.

tapi kenape aq plak yang nak rase macam tu?bukan aq yang buat!memang bukan aq yang buat.tapi tempiasnya terkena pada aq.ishhhh!

tapi ape pulak perasaan orang yang dah melakukannya??dia tak rase macam aq rase ke??manusia semakin hari semakin tua bukan semakin muda.beringat sebelum terlambat.

suatu pagi kawan aq bertanyakan soalan yang bagi aq sangat la ngok.tapi berguna gak.

"pet aq nak tanye ko satu bende ni ko tolong jawab ea?derhaka ke kalau kita buat mak kite menangis?"

aq jawab "ko ni macam tak skolah agama jek." "ofcoz la derhaka dowh.apesal??ko buat mak ko nagis ke?"

dia diam seribu bahasa.aq tenung mukanya.diam..kiteorg buat hal masing2.



**********



tengah aq kusyuk kat dapur tetiba mak duduk kat bangku dapur."apesal lak mak nih?lain macam jek!!tak penah2 duduk berehat tetiba ari ni dok berehat lak"tengah best aq buat keje tetiba mak bersuara

"no,mak nak cakap ni" time nih ati aq memang dah tak sedap macam buah mengkudu busuk dah."ape kebende la yang mak nak cakap nih,macam serius jek"


dalam otak aq dah berlegar2 soalan demi soalan..

mak memulakan storynya.
"pagi tadi mak ingatkan kat abg pasal hutang die dengan kawan die.mak sedih bila abg reply cakap mak macam ni "mak ada duit?mak bayar la!"

aq tengok muka mak.sayu,sedih,terkilan.aq hanya mampu berdiam sambil mata masih memerhatikan riak wajah seorang tua didepan aq.seorang tua yang amat aq sayangi & cintai.



**********



aq dah agak sumenya.takde hal lain ke selain dari hal tu.

jangkaan aq meleset pasal mak.aq ingat mak dah boleh lupankan ape yang terjadi pagi tu.rupa2nya,kesedihan mak berlanjutan sampai 2,3 hari.

aq buntu.aq tak tahu ape yang perlu aq buat.

nak pujuk!aq tak reti nak pujuk."diri sendiri pun tak terpujuk,nak pujuk orang lain.hampess"kata aq sendiri.

sampaikan satu petang.kebetulan kawan abg aq balik kg singgah la kat rumah aq ni.nak jumpa mak katanya.(dah angap mak aq ni mcm mak die sendiri).lalu aq cari kelibat mak.merata aq cari.tapi tak jumpa gak.

"mana la plak mak ni?bilik takde.bilik air pun takde."(cakap sesorang)

aq buntu.dan akhirnya bila aq buka pintu bilik tidur aq.aq tengok mak tengah membongkok sujud.rupa2nya mak tengah solat.lalu aq biarkan dia habiskan solatnya.



**********



"mak! abg s kat luar tu nak jumpe mak,die nak balik dah tu"(nada cukup slow).
takde ape2 riaksi dari mak.cuma gelengan kepala yang aq dapat lihat.

"abg s!jap mak sembahyang"(cover untuk mak)

macam2 teknik aq fikirkan macam mane nak pujuk mak.
aq tahu mak terlalu sedih.dari riak wajah die aq dapat baca.

hati aq mula rasa sebak bila sekali lagi aq buka pintu bilik.dan aq tengok dengan mata kepala aq sendiri setitis demi setitis air mata mak jatoh.secepat mungkin mak mengesat mata dia supaya aq tak nampak.tapi sayang.aq lebih dulu nampak.

dengan perlahan aq duduk kat sebelah mak.sambil memeluk tubuh tua tu.lalu "dah la tu mak,jangan nagis lagi."dengan perlahan aq memujuknya untuk jumpa dengan abg s.



**********



"mak tak nak la keluar,mata mak bengkak,macam mana mak nak keluar ni?"

"ala mak basuh la dengan air comfirm x bengkak dah"

saat nih hati kecil aq dah tergelak2 gak..tp control beb!susah gak nak pujuk mak nih.hehehe..atleas aq dah buat ape yang sepatotnya.

mak kaluar dan berjumpa dengan abg s setelah aq berhempas pulas memujuknya.jatoh gak la air mata aq bile kenangkan ape yang mak lalui.(teros insaf dan berhati2 bila bercakap dengan orang yang lebih tua)

"yesss!!berjaya gak aq pujuk mak.tapi sedihnya.kat sape aq nak ngadu ni?"

alhamdulillah.mak semakin baik.

"mak sedih bila abg cakap macam tu kat mak"(ayat yang mak akan ulang bila dia berasa hati @ sedih).

mak pesan jadikan pengajaran ape yang dah berlaku ni.jangan sesekali buat kat orang tua macam tu.

akhirnya mak keluar jugak.lama jugak dia menjaohkan diri dengan abg.tapi bak kata pepatah "air dicincang takkan putus"

bagi aq.memang aq tak puas ati gak la.tapi nak buat macam mane aq takde kuasa veto pun.so saba jek la.dari sini aq lebih berhati2 bila nak bercakap ngan mak.atleas aq dah belajar perkara penting dalam hidup aq.mulai hari tu aq selalu jaga percakapan aq dengan mak.

aq tak nak buat mak sakit hati dengan aq sampai dia menangis macam tu.aq tak nak sama sekali.biarla walaupun hati aq sakit sekalipun aq terima asalkan hati mak tak terguris..aq SAYANG mak!!

p/s:- ape yang ada dalam minda aq sekarang ni.hati orang tua amat lah sensitif.so jagalah die sebaik mungkin.jangan menghiris perasaan mereka..mereka seperti bayi yang baru dilahirkan..bila terhiris die akan rasa sakit.

No comments: