BECAUSE I'M STUPID

jiwa kucar kacir, hati serba salah, mulut rasa macam nak jahit-jahit @ tanpar-tampar bagi penyedap rasa.

"law taw sumpah taknak tanya"

tengok!aq gak yang tak senang duduk "stupid" tol la aq ni.



**********



aq rase "stupid" giler ar ngan soalan aq malam tadi.sekarang aq pulak yang tak senang duduk.tu la mulut macam tempayan sangat.tak reti nak stop-stop dari bercakap.ni la jadinya.

tak pasal-pasal teroz takde mood jek semalam.argghhhhh...kusut la wey..taw tak berapa malu gile aq ngan die sebab soalan "stupid" tu.

elok jek semalam kuar still lagi ceria,gelak-gelak,happy-happy,nganjing-nganjing.balik umah jek,sorang majok(tak de la merajok sgt just serba salah).sorang tak tentu arah pikir soalan "stupid" aq tu.

"Arggggghhhhhh!!!!! stupid..stupid..stupid gilerrrrr!!!!!"

aq tak penah rase sestupid ni la.




**********





aq sebenarnye tak terlintas nak tanya pun soalan "stupid" tu.tapi aq sangat takot.takot dengan "hati" aq sendiri..


"u tanya kenapa i takot kan"

"i takot dengan hati i sebenarnye"ini jawapan untuk soalan u semalam.

"y"


"coz,i tak nak ade ape-ape harapan dengan u"macam u cakap gak..(taknak beri harapan ape-ape kat i)




**********




if u read my entry.i just wan to say:-

"sorry a lot"

"anggap sume tak penah jadi"

"anggap i tak penah tanya soalan stupid tu"

"i malu gile ngan u"

"hopefully buleh jadi macam dulu.tak pikir bukan-bukan"

"plzz"

"because i'm stupid"




**********




u all mesti nak taw apa yang jadi sebenarnya kan?tapi sayang sekali aq tak boleh nak story kat cini.coz bende ni amatlah "stupid" pada aq.



p/s :- pada sesape yang agak-agak ader terminat ur tersuka @ someone tu be careful.takyah la nak lentok-lentok sangat. lom tentu u all buleh dapat si dia tu. ur die suka kat u all.








semalam punya cerita

tik..tik..tik signal kiri aq bagi..tik..tik..tik..signal kanan plak.cilok sane cilok sini.akhirnye lepas gak aq dari jammed.

"fuhhhhh!!"

hampes punye manusia tak reti nak dok melepak kat rumah je ke.law boleh bom dah lame aq bom jalan raya nih.nasib baik malaysia still mengamalkan undang-undang bersepadu.so x berani la aq nak buat gitu.

"aq bukan pengganas"

balik pada cerita aq.ni semalam punya hal la ni.letih gile g mencarik karpet berunsur "pejabat punya" tak jumpa-jumpa.pusing-pusing aq 1 jb.x jumpa-jumpa.kecuali bandar je aq tak jejak.tengah leka aq drive tetiba

"kring..kring..kring" bingit giler.

"mak tekan merah!jawab!"

"hah!ye..ye..mak cik tak tahu la pulak,nanti kejap ye.nah!"

ape jek la yang ditanye tu.

"sapa mak?nak apa?"

"entah!nah cakap!"

"cik ada reserve untuk buka puasa di bla..bla..dah bayar suma..bla..bla..comfirmation..bla..bla.."

muka aq dah kerut-kerut.kunun-kunun memikirkan sesuatu yang aq sendiri dah taw jawapannya.cehhhh..memang la aq tak de reserve apa-apa pun.bile mase lak aq reserve-reserve ni.

"i call u back!i x de reserve apa-apa pun"

"ok..ok"

selesai cakap aq bagi phone kat mak."tekan merah." hangguk die,sapa lak suka suki mak tiri die jek pakai nama aq.macam gampang pun ade.ahaaaa.otomatik satu nama naik kat pala otak yang tengah biol pikir-pikir pasal mende tadi.apehal lak name die?tanpa pikir panjang otomatik dengan pantas jari-jari aq "tet..tet..tet" dail number tu.

"u,u ada buat apa-apa guna nama i tak?"(ayat tunggang tebalik tapi dah dibetulkan untuk kepahaman pembaca)

"buat apa u?"(suara tengah tido)

"macam ni!u ada reserve buka posa kat mana-mana atas nama i tak?"

"takde pun"

"ok..ok..comfirm ea takde?"

"betul sayang takde"

"ok..ok..then i call u back jap lagi!i tengah drive ni."

"ok..ok"

"ok..bye!"

sapa pulak mangkok yang dah guna nama aq ni.otak ligat memikir-mikir.badigol tol la.law aq taw sapa aq bom jek mulot die.macam hampess.memang la 2-3 ari lepas aq cakap nak buka posa kat luar.tapi tak jadi!.

dengan sepantas kilat aq call budak operator tadi.tapi hampess.takde jawapan.sah-sah aq kene kencing ni.badigol samdol tol la.nak kencing,kencing lam longkang la wey!!

dah satu kes kene kencing,bapak malu muka aq ni plak nak letak mane dah satu kes.aduyaiiii..seb bek la orang yang kene tudoh ngan aq tu paham.hai-hai malu giler bapak wey!!

nasib menyebelahi aq.die tak marah aq.malah paham & siap kene bahan lagi dengan die..adusssss..."kelepek" amikk ko sejibik.he he he..kenape aq tetiba boleh teringat die plak yang guna nama aq tu.coz 2-3 ari lepas aq ade ajak die buka posa sama-sama.(semalam la tu) sebab tu la nama die timbul kat otak biol aq ni.takde orang lain dah.

sempat lagi aq singgah kat bazar ramadhan kat bbu.balik umah cmfirm-comfirm tak sempat nak masak punye la.aq pun ape lagi carik-carik lot parking..bapak full siottt.siap beli serba dikit kuih muih aq pun gegas capai mak.

"moh ler kite balik mak,ujan pun dah turun ni.ak ade nak beli apa-apa lagi ke?"

"takde.jom la."

sampai kat rumah jek jejak-jejak orang dah nak buka dah.tinggal bape minit jek lagi.fuhhhh!!seb bek sempat sampai.he he he.pas buka posa + solat + rest-rest aq text kat die.(orang yang kene tuduh tadi petang)

"u,sorry taw ptg td,i tdoh bkn2 sorry a lot"

takot beb kang die pikir bukan-bukan lak pasal aq.

"ta pe..u tanya je kan.,mana de td0h2.,"

bla..bla..bla...

macam-macam yang kiteorg bualkan malam tadi.sampai xde idea nak text ape dengan die.Alhamdulillah die tak marah.kebetulan aq ada ajak die buka posa sekali hari tu.sebab tu la die paham kenapa aq teringat die orangnya.padahal aq dah bengang giler dengan die..malu..malu..malu..aq rase pkai blushing pun tak merah la wey.

Alhamdulillah bukan die orangnye.last-last aq bukan pegi pun kat restoran yang budak operator tu cakap.kat mana tempat die pun aq tak tahu beb!aq buka posa kat umah jek.ngan family aq..lagi best.

p/s:agak-agak la bulan posa kot nak kelentong orang..buat tambah dosa jek!!

after 7 years

ini cerita 4 bulan lepas punya kes.apesal la slow sangat aq update blog nih.saje jek takde mood.nak naip mesti ade mood gak.baru semangat merdeka beb!(aq melalot jap)

bulan lepas.ape jadi erk.owhh,aq kenal ngan sorg guy ni.kenal punye kenal sekali skoolmate aq la.cehh doloo2 mse kat skool taknak aq tegur.skang plak ade hati nak tegur2 orang.

aq gelarkan die mr.s jek la(utk tak menjejaskan reputasi die) sejak kenal dengan mr.s aq rase happy jek.apesal gitu plak?entah erk..may be mr.s selalu buat aq happy & nak gelak.tapi die buat lawak ke?watever!!but he make me smile & happy always when we "lepak same2".

erkk..apesal lak aq ari ni.macam nak layan jiwang jek.forget it jiwang2,ni bukan mase nak jiwang2.tapi lebih pade berase hati.alahaiii sitip la plak aq nih..ape kes la hati minah nih.tak paham aq.

"hai hati nape plak ko nak sitip2 lak ni"

takpe la kite sambung cite lain hari plak..hati aq dh sitip ni wey!!

SAYANG "MAK"

entah ape aq nak tulis kt sini hari ni..tapi memandangkan aq kena lalui keadaan yang aq rase tak penah seumur idop aq,aq lalui,tp hari ni aq dah melaluinya.rase tersentuh la plak hati kecik aq ni.

ape perasaan korang bile tengok seseorang yang korang sayang,seseorang yang dekat dengan korang,seseorang yang dan menjaga korang sejak keluar dari rahim telah mengalirkan air mata???dia menagis kerana orang yang dikasihinya & disayangi?

fakta mengatakan."menjatuhkan air mata seorang ibu,maka derhakalah anak itu terhadap ibunya" bila aq ingat2 balik ayat tu rasa takot,kecot perot,berdosa..hurmm..tak senang duduk macam tu.

tapi kenape aq plak yang nak rase macam tu?bukan aq yang buat!memang bukan aq yang buat.tapi tempiasnya terkena pada aq.ishhhh!

tapi ape pulak perasaan orang yang dah melakukannya??dia tak rase macam aq rase ke??manusia semakin hari semakin tua bukan semakin muda.beringat sebelum terlambat.

suatu pagi kawan aq bertanyakan soalan yang bagi aq sangat la ngok.tapi berguna gak.

"pet aq nak tanye ko satu bende ni ko tolong jawab ea?derhaka ke kalau kita buat mak kite menangis?"

aq jawab "ko ni macam tak skolah agama jek." "ofcoz la derhaka dowh.apesal??ko buat mak ko nagis ke?"

dia diam seribu bahasa.aq tenung mukanya.diam..kiteorg buat hal masing2.



**********



tengah aq kusyuk kat dapur tetiba mak duduk kat bangku dapur."apesal lak mak nih?lain macam jek!!tak penah2 duduk berehat tetiba ari ni dok berehat lak"tengah best aq buat keje tetiba mak bersuara

"no,mak nak cakap ni" time nih ati aq memang dah tak sedap macam buah mengkudu busuk dah."ape kebende la yang mak nak cakap nih,macam serius jek"


dalam otak aq dah berlegar2 soalan demi soalan..

mak memulakan storynya.
"pagi tadi mak ingatkan kat abg pasal hutang die dengan kawan die.mak sedih bila abg reply cakap mak macam ni "mak ada duit?mak bayar la!"

aq tengok muka mak.sayu,sedih,terkilan.aq hanya mampu berdiam sambil mata masih memerhatikan riak wajah seorang tua didepan aq.seorang tua yang amat aq sayangi & cintai.



**********



aq dah agak sumenya.takde hal lain ke selain dari hal tu.

jangkaan aq meleset pasal mak.aq ingat mak dah boleh lupankan ape yang terjadi pagi tu.rupa2nya,kesedihan mak berlanjutan sampai 2,3 hari.

aq buntu.aq tak tahu ape yang perlu aq buat.

nak pujuk!aq tak reti nak pujuk."diri sendiri pun tak terpujuk,nak pujuk orang lain.hampess"kata aq sendiri.

sampaikan satu petang.kebetulan kawan abg aq balik kg singgah la kat rumah aq ni.nak jumpa mak katanya.(dah angap mak aq ni mcm mak die sendiri).lalu aq cari kelibat mak.merata aq cari.tapi tak jumpa gak.

"mana la plak mak ni?bilik takde.bilik air pun takde."(cakap sesorang)

aq buntu.dan akhirnya bila aq buka pintu bilik tidur aq.aq tengok mak tengah membongkok sujud.rupa2nya mak tengah solat.lalu aq biarkan dia habiskan solatnya.



**********



"mak! abg s kat luar tu nak jumpe mak,die nak balik dah tu"(nada cukup slow).
takde ape2 riaksi dari mak.cuma gelengan kepala yang aq dapat lihat.

"abg s!jap mak sembahyang"(cover untuk mak)

macam2 teknik aq fikirkan macam mane nak pujuk mak.
aq tahu mak terlalu sedih.dari riak wajah die aq dapat baca.

hati aq mula rasa sebak bila sekali lagi aq buka pintu bilik.dan aq tengok dengan mata kepala aq sendiri setitis demi setitis air mata mak jatoh.secepat mungkin mak mengesat mata dia supaya aq tak nampak.tapi sayang.aq lebih dulu nampak.

dengan perlahan aq duduk kat sebelah mak.sambil memeluk tubuh tua tu.lalu "dah la tu mak,jangan nagis lagi."dengan perlahan aq memujuknya untuk jumpa dengan abg s.



**********



"mak tak nak la keluar,mata mak bengkak,macam mana mak nak keluar ni?"

"ala mak basuh la dengan air comfirm x bengkak dah"

saat nih hati kecil aq dah tergelak2 gak..tp control beb!susah gak nak pujuk mak nih.hehehe..atleas aq dah buat ape yang sepatotnya.

mak kaluar dan berjumpa dengan abg s setelah aq berhempas pulas memujuknya.jatoh gak la air mata aq bile kenangkan ape yang mak lalui.(teros insaf dan berhati2 bila bercakap dengan orang yang lebih tua)

"yesss!!berjaya gak aq pujuk mak.tapi sedihnya.kat sape aq nak ngadu ni?"

alhamdulillah.mak semakin baik.

"mak sedih bila abg cakap macam tu kat mak"(ayat yang mak akan ulang bila dia berasa hati @ sedih).

mak pesan jadikan pengajaran ape yang dah berlaku ni.jangan sesekali buat kat orang tua macam tu.

akhirnya mak keluar jugak.lama jugak dia menjaohkan diri dengan abg.tapi bak kata pepatah "air dicincang takkan putus"

bagi aq.memang aq tak puas ati gak la.tapi nak buat macam mane aq takde kuasa veto pun.so saba jek la.dari sini aq lebih berhati2 bila nak bercakap ngan mak.atleas aq dah belajar perkara penting dalam hidup aq.mulai hari tu aq selalu jaga percakapan aq dengan mak.

aq tak nak buat mak sakit hati dengan aq sampai dia menangis macam tu.aq tak nak sama sekali.biarla walaupun hati aq sakit sekalipun aq terima asalkan hati mak tak terguris..aq SAYANG mak!!

p/s:- ape yang ada dalam minda aq sekarang ni.hati orang tua amat lah sensitif.so jagalah die sebaik mungkin.jangan menghiris perasaan mereka..mereka seperti bayi yang baru dilahirkan..bila terhiris die akan rasa sakit.