Feeling down

Aku hanyalah pungguk yang rindukan akan bulan. Entah mengapa perasaan ni jadi tak keruan. Teringatkan dia, tapi siapalah aku untuk mengharapkan sesuatu yang tak pasti. Hanya mampu menanggung sakit keatas perasaan sendiri.

Entah-entah dia sedang berseronok dengan kehidupannya. Siapalah aku untuk porak perandakan kehidupannya. Aku hanya wujud ketika keadaan menjadi senyap & sunyi. Aku akan menjadi sangat berguna apabila dia menuju jalan buntu untuk hari-harinya. 

Aku cuba untuk mendiamkan diri supaya aku tidak terperangkap dalam jerat hati & perasaan. Tapi, sekuat manakah aku?

Gundah

Assalamualaikum,

Kita hanya mampu duduk disebelahnya. 
Tapi kita tidak mampu memilikinya.
Umpama bayang-bayang.
Muncul apabila cahaya itu datang lalu lenyap apabila tiba masanya.

 Permainan kehidupan yang kadang kala kita pun tak mampu untuk menduga.
 Baik atau burukkah keadaan tu.
Hanya pergerakan hati mengikut citarasa jiwa.

Ahh.. Anak muda mana tahu erti baik & buruk
Yang pasti jiwa terisi tanpa ada ruang-ruang kosong yang membelengu diri.
Apa yang meraka fikirkan ya?

Apa lagi yang meraka mahu?
Mencipta lakonan demi lakonan
Untuk mengisi kekosongan ruang

Jalan terbaikkah?
Terfikirkah mereka akan hati-hati lemah 
Jiwa-jiwa dan pengharapan yang segunung?
 
Terkadang kita berfikir sejenak apakah yang mereka mahukan....
 

 
 
 

Hangout II

assalamualaikum all..

haritu aku tak sempat nak story abis. ni baru sempat nak story.. As usual aku akan sampai wayang awal sikit la. Tapi haritu memang tak buleh buat apa la.

Dah la jammed kat jalan..

Hujan pulak tu..

Then sampai wayang lambat..



Naik2 tingkat atas je aku tengok orang ramai tengah Q panjang. *tp nasib baik aku dah beli by online.so tak payah Q panjang2. bagus jugak jual beli melalui online ni ya. ahaksss dah taw lame dah  cume tak berani je. Maklum la skang ni banyak kes penipuan, so kena la berhati2 sikit.

Dalam hati dah bercakap2 dah. Mesti dah start citer.. Sampai je kat room wayang tu..

Fuhhhhhh.... Lega, nasib baik cite tak start lagi.

Terpaksa la mengesot2 nak g kat seat. Dah la pilih seat tengah plak tu. Apepasal?? Ramai ko..Tekejut aku, ingat takde orang sangat. Mase aku booking tiket tu tak ramai lagi orang yang beli. So maybe la aku tak perasan sangat..

Kalau suh cite pasal movie tu aku tak boleh bagi star banyak sangat la. Sebab movie tu macam dokumentari je. Pening kepala sebab camera dia bergoyang2. Tapi still nampak realitynye. 

After abis movie biasa la kene jalan ikot lorong blakang movie tu. Eh boleh pulak aku dengan member aku orang paling last plak. Memasing dah tak berani pandang kiri kanan. Menonong je jalan terus keluar. Dah keluar tu rasa lega sikit la.

Sampai luar pintu Aeon Tebrau.. "Alamak chah, camner ni ujan tu. Lebat plak!"

Riki2 kiri kanan..

"Ko nampak tak akak tu, slumber giler. Kite redah je la."

"Aku ok je, takde hal."

"Jap aku bayar parking dulu."

"ok"

lepas dah abis berdialog tu kiteorg teros je redah hujan. takde la lebat sangat pon. Coz baju aku tak basah sangat pon..

Otw balik tetiba terasa macam nak makan somethink yang panas2.

Tapi tak tahu nak makan apa. Kebetulan kiteorg lalu dekat stadium.

"Ehh..ada ape tu.."

"Hari ni hari apa erk?? Eh.. pasar malam la..

"Nak pegi ke? Nak pegi aku singgah.."

"Ape ade erk. Macam tak siap lagi je."

"Nak singgah ke tak ni"

"Eh jom la. Alang2 nanti nak carik makan kat mana plak kan"

Jalan punya jalan tak banyak tempat yang bleh beli sebab masing2 tengah sibuk buat persiapan. Ada tu yang baru nak masak pon ada..bru nak hidup kan api pon ada. Macam2 ragam aku dapat tengok.

Selesai membeli belah. Kiteorang cari satu port untuk melantak sume makanan yang kiteorg beli tadi. Beli tak hinggat ape. Makannya cipu je. Tula betul la orang kata Orang Tamak Selalu Rugi. Tapi tak sampai hati la pulak nak buang makanan yang tak habis tu. Aku bawak balik sket. Echah pon bawa balik sket. Kiteorang port kat tepi Lido je.

Bak kata Echah. "Dieorg bukan kenal kita pon"

Ok, makan tak pandang kiri kanan.

Bismillah....

Dah kenyang.. Lepak2 kejap.. Then kiteorg terus la balik.



Tapi best la.. Lame dah tak keluar same2 memandangkan memasing bz dengan kerjaya memasing..

Yesterday make me smile.....


hangout

assalamualaikum

Semalam dah plan dengan member aku nak tengok cerita "Highland Tower" tak tahu la best ke tak.
tunggu je la kejap lagi.

Pagi-pagi lagi aku dah bukak lappy aku. Firstly mesti la layan aku punya survey..kumpul duit la. Kalau tak macam mana nak pegi tengok movie kan.

Dah siap survey. Aku terus bukak web TGV apa lagi booking tiket untuk movie petang ni la. Ok booking pon dah print out. movie start kul 2pm. Aku tengok dekat Tebrau City je. Dengan bff aku Echah. We all memang kaki movie.

Now dah pukul 12.36pm "alamak Echah nak datang pickup aku kul 1pm. tak siap ape lagi ni"...

ok daaa dulu.. nanti aku cerita best atau tak movie "Highland Tower" ni.. wassalam....

Itik Vs Ayam = Tik Yam

assalamualaikumwbt...

Uh..pening kepala aku dok dalam office sendiri. Itik Vs Ayam = Tik Yam..

cuba korang cakap "Tik Yam" lelaju. Mesti kedengaran seperti "Ta*i Ayam" kan.. kekeke...
ok2. guraw je la...

Ape la yang bos aku cakap dengan worker nih. satu hape pon aku tak faham. Yang aku boleh pickup bile dia sebut pasport & Airport. So dengan ketajaman minda yang aku ada ni aku pun mentranslatekan sendiri apekebende yang bos aku cakap tu.

Bunyi dia lebih kurang mcm ni la "nehi..nehi..nehi..(sambil tangan menunjuk2 serta jari mengeliat2) sapneh ka haaaa. Acohh..kerah tohne hear ka heyy Airport haaa... bla..bla..bla.. maksod dia tak boleh..tak boleh..tak boleh.. company urus sampai Aiport je lain tanggung sendiri *xde aku tipu je aku pun tak tau apa maksud dia... menjurus ke hindustani punye bahasa. Dah macam tengok cerita hindustan pon ade aku dalam bilik nih. Kejap nada slow. Kejap lagi nada cam marah. Tekujat den..

Gini la ruppenye kalau kongsi bilik dengan bos. Al kesabaran la. Nak blah dari bilik ni ada keje plak nk kene sattel dengan incik bos nih. Seb bek la incik bos dengan aku x gune bahasa ibunda dia. Kalau tak sure mulut aku tak buleh tutup. Nak pickup apa dia cakap punya pasal.

Worker nih pon satu takde ke time lain nak datang mengadu. Melambatkan kerja2 aku yang dah tersedia terbengkalai betol la.

Finally aku tau jugak keseluruhan cerita. Rupanya hanya disebabkan worker2 yang nak balik ke kampung mereka. Tapi dokument dieorg belum siap sepenuhnya. Patut la dieorg tak puas hati.

they thumbii... ada sabar juga la.. itu doc. bukan mudah mau urus juga. 

apa dah jadi?

Assalamualaikumwbt...

Aku tak tahu kenapa hari ni aku moody semacam je. Mungkin penat sgt kot. Semalam still keje but half day je la. After balik keje, aku sambung buat kuih pulak. Biasa la ni la cara aku cari side income. Ni je rezeki yang mampu aku lakukan setakat ni. Even penat, tp aku puas hati. Mungkin disebabkan tu kot aku moody hari ni.

Bukan senang nak jd senang. Tu ungkapan yang aku selalu terima. Memang kenyataan yang dah ada depan mata sendiri.

"Penat??"  Mana ada kerja yang tak penat..

Hari ni je la hari rehat untuk aku. Tapi aku tak rasa macam berehat je hari ni. Blum puas lagi aku berbaring atas tilam kesayangan macam dah list kan je perkara yang kene buat. Macam peluru M16 je rasanye suara2 yang memberi arahan tu. Even berat je hati. Finaly siap jugak la. Alhamdulillah.

Apa dah jadi ngan aku ni. emo..emo.. Sampai kene tegur dengan member sendiri tadi.

"mana mak cik yang saya kenal ni"

"hilang"

"pegi mana"

"entah"

Teruk sangat dah ni. Menjawab pon nak tak nak aku ni. Apa pulak member2 fikir nanti. Sorry geng Aku takde mood for today. Sangat2 takde hati. Entah kenapa la time2 macam ni semua nak keluar dari kotak akal fikiran ni.

Actualy aku nak story lg. Tp aku jd lost.. nnt story lain la..wassalam..





keje oh keje

Assalamualaikumwbt. 

Aku baru balik dr lunch. Lunch dekat rumah je makan meggi. Sadiss kan. Takpe yg penting perut terisi. Nasib baik aku bukan cerewet. 

Sampai opis bos ada lagi. Serabot dah pale fikir nak buat apa. Tak de keje. Lagi pn nk buat keje pc pon takde caner.. Buat mase ni madam tak penah marah2 dekat aku lagi. Dia faham la tu yang aku ni tak fluent english. But i can understand what she say. Bos aku ni india but dh stay us. 

Mr Esoof is a very understanding. Dah la hendsome pulak tu. Nasib baik la dah kawin. Kalau idak dah lame aku ngorat. hihihi.. Even tak banyak yang dia ajar but dr penerangan dia je dah boleh faham nak buat apa lepas ni. Ok la. Suke sbb dgn die mudah faham. Dengan bos aku yg lain. Mcm ayam & itik. adeiii. Sabo je la. 

Kak Ita. Logistic. Tp macam kerek giler. Tanye sket macam nak taknak je jawab. Bukan aku nak amik alih tempat dia pon. Aku kalau boleh memang tak nak datang sini pon. Abis dah rezeki kat sini. Nak tolak tak baik. Kate orang, rezeki jangan ditolak. maut jangan dicari. Takpela sabo je selagi mampu. 

Si taher ni pulak macam teror2 sgt je speaking die. Sekali aku dengar menjunam jugak. Adeiii ak leh blah la. 

The best part. Abg Nazri production & Fara chemis la yang paling rapat dengan aku skang ni. Boleh layan kepala gak dieorang ni. Ok la buat masa ni. Law nk buat backup pn still de member. rite. huhuhu.. 

Dah la nanti sambung lagi. aku nak g turun production. Nak semakkan kepala Abg Nazri. hahahaha. wassalam...

2/10/13

assalamualaikumwbt...

"Hati, berbunga rindu
Jiwa, tak tentu arah
Ini, kah yang disebut cinta
[#:]
Bulan, kedua itu
Pertama, ku dengan kamu
Dua, hati terpaut suka
[Reff:]
Oh, begitu cepat,
waktu berlalu,
perpisahan tak diduga
Ku, ingin denganmu,
tak terbatas waktu,
kau tetap s’lalu dihati
[*]
Bulan, kedua itu
Cintaku, tak ‘kan ku hapus
Pertama, kau ucap kata, cinta.......

layan-layan lagu mata makin lama makin kuyu.. x dapat update lg..next time..

unisc

assalamualaikumwbt..

minggu kedua bertugas kat tmpt baru. minggu kedua hari ke 8. dah macam operator betol aku ni. Bangla dengan aku  dh lebih krg sama je. Apala nasib. Kata mak & akak sabar je la dulu. Ya aku akan cuba bersabar hingga tahap kesabaran diparas 101•c.

nothing...interesting (10 bende penting time travel)

assalamualaikumwbt....

lama dah aq x update entry aku ni.
mana ade mase..
pegang laptop pon boleh dikira..
sebulan pon jgn harap aq nk hadap.
coz kt office 24jam aq dah puas mengadap. but, keje is keje la. mne ade bende lg penting dr keje.
today. alhamdulillah diberi keizinan utk buat enty baru nih. hehehe..

*****

aku sekarang tengah bercuti panjang. xde la panjang sgt pon 2 week je..
after that naik keje balik..but..i got a new job start 23rd Sep ni. ngeeee :) yup dh berenti tmpt lame.
why?? nothing to say..kih3.. hope i can do this new job.

*****

actualy aku tengah packing barang ni. sambil2 memikir barang ape yang nak dibawa laju je jari ni menaip..
owh ya. aku nak pegi bercuti. saje bawak mak ayah aku berjalan. time mereka sihat ni la sesuai nak bawak berjalan. kalau tidak bile lagi nak bawak dieorg.

okey barang2 aku dah ketepikan. cuma nk packing je. ni la masalah aku sebenarnye. bab2 packing brg masok dlm beg fail. hehehe dh taw sejak zaman u dlu. main sumbat je. tp nk travel jauh2 mne boleh main sumbat..ruang bagasi kene guna dgn bijak. xpe aku try n error. x try mne taw kan.

aku nk list kan sikit la bende2 penting time travel.. contohnye :-


  1. Ic / Passport (jika ke oversea)
  2. Purse / duit (tukar mata wang awal2 jika ke oversea)
  3. Hp / kamera / charger / battery / travelling plug
  4. Ubat2 ( minyak angin / gamat / plaster / panadol )
  5. Sanitizer / Tisu
  6. Plastic Beg
  7. Kasut / Selipar (yg selesa / Stokin)
  8. Barang mandian (sabun / shampoo / berus gigi / ubat gigi / pencuci muka *slalu gune hotel punya je)
  9. Baju / Seluar (bawa yg bersesuaian je * kuantiti yg sedikit)
  10. Makanan ringan.

owh ya..aku nak bagi taw sikit. pada sesiapa yang nk pegi bercuti tu buat research dlu tempt yg nk dipegi ya. kite x tahu tempat org mcm mana. lokasinya. tempat makan. masjid. aiport.train station. pastikan memilih penginapan berdekatan dengan tmpt yg nk dituju.jimat masa. jika hendak menggunakan khidmat kereta sewa.perlu booking awal..buat research dlm internet..pasti ada punya.

ok la..serba sedikit tips yg aku dapat kongsi..nak sambung packing barang lagi ni..sok dah nk fly.. see  u soon....wassalam...






Tulisan Aku

Aku suke bercerita..tapi aku tak pandai berkata2. Aku suka bercerita tapi aku tak pandai menyusun ayat. Aku suka bercerita tapi aku tak pandai nak meluahkan dengan betul. Aku suka bercerita tapi dengan gaya aku sendiri. Aku suka bercerita tapi ikut suke aku nak cerita apa. Aku suka bercerita tapi tak ade kene mengene dengan org lain kecuali aku. Ini cerita "AKU" ini "Tulisan Aku".

Berjauh Hati

Assalamualaikumwbt...

sakitnya hati..sedihnya rasa bila diri dah tak dihargai..tapi..untuk apa kau datang mencari?? niat hati untuk meluah kan rasa terus aku pendam. biar la aku terus macam ni. lebih bahagia walaupun berat untuk aku lalui semua ni...

"hai...kenapa  pulak siaran radio semua putarkan lagu sedih ni?" macam tahu2 je aku tengah bersedih.

tiba2 dia datang untuk ungkit kisah lama. apa yang perlu aku buat? antara aku dan dia mungkin kami bukan jodoh yang sesuai. 

lagu hafiz ni buat aku sedih la. "kenapa semua ada kene mengene ngan die??"


Perancangan Percutian

Assalamualaikum...salam kembali kepada rakan2 yang sudi membaca entry aku. Actually lama tak menjenguk blog aku ni. banyak kerja yang membuatkan aku tak berkesempatan untuk berangan sambil story "cerita baru".

Aku tak nak buat mukadimah panjang2 lagi..nanti hilang idea aku..hehehe.. okeylah, memandangkan Chinese New Year yang akan kunjung tiba ni.. Family aku ada  buat perancangan untuk bercuti. tapi aku ada sedikit masalah. Masalah nak mencari tempat penginapan.confirm2 la semua tempat full time2 cuti macam ni kan. ni yang buat aku kepeningan ni. 

Percutian ni memang dah dirancang sejak pertengahan tahun lepas lagi.."fuyoooo..lamenye rancang!!" hehehe.. nak diikutkan memang setiap Chinese New Year aku 1 family memang pergi bercuti. sebab mase ni je kot kiteorg boleh duduk berkumpul. kalau hari2 biasa tu memang sangat2 susah la nak tengok semua ada dekat rumah. sebab semua sibuk bekerja. tempat yang kiteorg pegi ni dalam Johor  je. kalau jauh2 tu rasa macam membazir masa je kot.

Firstly tadi aku dah search semua chalet2 and pantai2 dekat area kota tinggi. tapi semua tak menarik minat aku betol la. lepastu aku cuba search area kawasan pantai mersing. ada sesetengahnya memang menarik.tapi agak jauh la pulak, takut abang2 & kakak2 aku tak nak pulak. Kalau sebelum2 ni kerja2 organiz cuti ni kakak aku yang buat. after die married jatuh pulak ke tangan aku. alahai payahnye la pulak nak buat keputusan. sebab aku ni memilih tempat sikit. nak yang cantik je...hehehehe..dah name pun bercuti mesti la nak tempat menarik kan. 


SEKADAR GAMBAR HIASAN

Banyak jugak yang nak dibuat kala cuti ni ya. sang ayahanda mahu mencari ikan dilaut katanya (memancing la). sang kekanda mahu pula berBBQ ditepi pantai. sang bonda pula mahu menghilangkan kepenatan yang saban hari tak henti2 penatnye berkerja mencari rezeki untuk anak2 tercinta. mind set aku dah fikir bercuti di tepi pantai yang sesuai lokasinya sambil boleh berpicnic dan bersantai dan boleh la ayahanda tercinta melepaskan gian memancingnya. tapi belum lagi ketemu lokasi yang sesuai. 

Dan sekarang aku lagi berusaha mencari lokasi yang sesuai untuk percutian kami. Rakan2 ada tak suggestion lokasi buat aku???kalau ada mari la berkongsi dengan aku ya..selamat bercuti semua!!!Terma kasih..Wsalam.