Perancangan Percutian

Assalamualaikum...salam kembali kepada rakan2 yang sudi membaca entry aku. Actually lama tak menjenguk blog aku ni. banyak kerja yang membuatkan aku tak berkesempatan untuk berangan sambil story "cerita baru".

Aku tak nak buat mukadimah panjang2 lagi..nanti hilang idea aku..hehehe.. okeylah, memandangkan Chinese New Year yang akan kunjung tiba ni.. Family aku ada  buat perancangan untuk bercuti. tapi aku ada sedikit masalah. Masalah nak mencari tempat penginapan.confirm2 la semua tempat full time2 cuti macam ni kan. ni yang buat aku kepeningan ni. 

Percutian ni memang dah dirancang sejak pertengahan tahun lepas lagi.."fuyoooo..lamenye rancang!!" hehehe.. nak diikutkan memang setiap Chinese New Year aku 1 family memang pergi bercuti. sebab mase ni je kot kiteorg boleh duduk berkumpul. kalau hari2 biasa tu memang sangat2 susah la nak tengok semua ada dekat rumah. sebab semua sibuk bekerja. tempat yang kiteorg pegi ni dalam Johor  je. kalau jauh2 tu rasa macam membazir masa je kot.

Firstly tadi aku dah search semua chalet2 and pantai2 dekat area kota tinggi. tapi semua tak menarik minat aku betol la. lepastu aku cuba search area kawasan pantai mersing. ada sesetengahnya memang menarik.tapi agak jauh la pulak, takut abang2 & kakak2 aku tak nak pulak. Kalau sebelum2 ni kerja2 organiz cuti ni kakak aku yang buat. after die married jatuh pulak ke tangan aku. alahai payahnye la pulak nak buat keputusan. sebab aku ni memilih tempat sikit. nak yang cantik je...hehehehe..dah name pun bercuti mesti la nak tempat menarik kan. 


SEKADAR GAMBAR HIASAN

Banyak jugak yang nak dibuat kala cuti ni ya. sang ayahanda mahu mencari ikan dilaut katanya (memancing la). sang kekanda mahu pula berBBQ ditepi pantai. sang bonda pula mahu menghilangkan kepenatan yang saban hari tak henti2 penatnye berkerja mencari rezeki untuk anak2 tercinta. mind set aku dah fikir bercuti di tepi pantai yang sesuai lokasinya sambil boleh berpicnic dan bersantai dan boleh la ayahanda tercinta melepaskan gian memancingnya. tapi belum lagi ketemu lokasi yang sesuai. 

Dan sekarang aku lagi berusaha mencari lokasi yang sesuai untuk percutian kami. Rakan2 ada tak suggestion lokasi buat aku???kalau ada mari la berkongsi dengan aku ya..selamat bercuti semua!!!Terma kasih..Wsalam.

No comments: