resign

lama aku tinggalkan blog aku ni berhabuk. ape la cerita ya. hurmm..sepanjang aku tak bercerita dekat sini macam-macam perkara dah berlaku. entah dari mana nak bermula. buntu rasanya. terima kasih kepada penyelidik blog.walaupun tiada siapa yang mengikuti perkembangan blog aku ni. aku tetap nak berterima kasih juga. itu memadai bagi aku. 

tat kala hati tengah gundah gulana memikirkan mengenai hari-hari esok yang akan aku lalui. sambil menunggu susuk tubuh seseorang datang memasuki ruang pejabat. kebetulan aku melihat ke muka pintu sudah terpacak mukanya di hadapan pintu masuk pejabat. "macam tau-tau je aku tengah tunggu die" sambil berbisik sendirian. "selamat pagi En!" "oh ina, pagi" dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibir seorang ketua yang pada pandangan aku sudah memasuki lewat 40 - 50an lagaknya. tapi gayanya seperti seorang bapa yang sedang berinteraksi dengan anaknya. sayu hati aku bila memikirkan apa yang akan berlaku apabila aku mengusungkan satu surat yang bersampul rapi berwarna putih nanti.

sedang aku menjalankan tugas yang diberikan oleh En.Kahar. dalam debar memikirkan apakah alasan yang terbaik yang akan aku berikan melayang semua fikiran aku pada surat yang bersampul rapi tadi. kerja yang diberikan kepada aku terkandas sebentar dek kerana terlalu gundah memikirkan sekeping surat. tak aku nafikan berkerja dibawah pengawasan yang cukup minima amat la membebaskan diri aku untuk melakukan apa sahaja. tapi bila difikir semasak-masaknya. sampai bila aku harus begini selamanya. keputusan yang aku ambil amat berat sekali. walaupun terpaksa menghampakan hati seorang yang amat aku kagumi dihadapan ku ini. En. Kahar telah banyak membantu aku dalam menguruskan pekerjaan ku di pejabat ini. tanpa dia aku mungkin tak berada disini lagi tika ini. aku berterima kasih kepadanya atas segala nasihat dan tunjuk ajar dia selama ni.

perlahan-lahan aku bangun dari kerusi ku. lalu aku pergi ke satu sudut. dimana aku meletakkan sepucuk surat yang sudah bersampul rapi bewarna putih. kemudian aku ambil. lalu perlahan-lahan aku menyusuri laluan dimana seseorang yang sedang asyik melangsaikan tugasannya tanpa menyedari apa yang sedang aku lakukan. tepat dihadapan mejanya aku kaku. tanpa memikirkan apa yang akan terjadi lalu perlahan-lahan aku menghulurkan sepucuk surat yang telah aku karang berhari-hari. "En. saya nak resign" dengan tak semena-mena muka bersih seorang ketua tegak memandang aku tepat ke anak mata. aku semakin dihimpit rasa serba salah. "kenapa?kak fauziah marah?" "bukan" "habis kenapa" "personal problem + sambung belajar" sudah dijanka apa yang akan di tanya. bukan suka-suka untuk aku membuat keputusan ini. berat rasanya untuk meninggalkan tempat yang banyak mengajar aku erti kesabaran, ketekunan, kefahaman dan macam-macam lagi.

tidak henti-henti En.Kahar mendapatkan penjelasan aku. tetapi dalam kepetahannya sempat aku menyampuk menawarkan diri untuk membantu serba sedikit urusan di pejabat itu jika mereka memerlukan khidmat aku. aku dengan senang hati. tanpa ada dendam atau marah pada sesiapa.  walaupun merekan pernah bertegas dengan aku mengenai soal kerja. aku terima dengan rela hati. dari kesalahan kita dapat meningkatkan diri menjadi lebih baik dan matang. aku bersyukur diberi peluang bekerja di situ. segala gundah gulana yang bersarang di kepala aku terbang melayang usai semua yang selama ini aku pendam telah selamat aku lepaskan. Alhamdulillah, aku bersyukur. semoga mereka boleh mempertimbangkan surat yang aku berikan itu.

sambil-sambil aku menyudahkan kerjaku lalu aku masih berfikir-fikir. mungkinkan mereka akan mempertimbangkan usulan ku itu. hurmm. waktu rehat menyusul. aku memerlukan rehatku. moga ketemu cerika aku di lain hari. mahu ku redakan segala permasalahan yang bersarang di kepala..walaupun sedikit sebanyak sudah ku keluarkan dari sarangnya. sampai disini sahaja dahulu untuk kali ini. 

No comments: