perubahan drastic

assalamualaikum wbt pada sesiapa yang sudi membaca blog aku..lama sangat aku tak update blog aku ni kan..teramat la lama..kesibukan aku belajar, bekerja, kemudian mencari kerja lagi! memang masa aku dihabiskan bukan dihadapan laptop ataupun desktop ataupun telefone bimbit aku."dah tu terluang kat mana?" sudah pasti la masa aku terluag untuk kemajuan diri aku sendiri, pada masa akan datang.

ok cukup cerita intro sampai disitu. macam ye-ye je aku cerita kan.takpe! sekarang aku nak bercerita "tentang aku". now masa untuk membuat perubahan dalam diri aku.. "PERUBAHAN??" what perubahan? ni la yang aku nak story kat sini. kite hidup mesti ada perubahan kan..tak kira la dari segi apa pun.. tak kisah la, yang penting.. berubah untuk diri sendiri dan ikhlas dalam perubahan tu! hurmmm. nak taw tak ape perubahan aku? bukan nk berlagak. cuma nak berkongsi cerita sahaja. sebab hati rasa gembira bila aku buat perubahan ni. mana la tahu kot-kot member-member kat luar sana nak cuba buat perubaan jugak..sape sangkakan.








"tiada orang yang boleh mengubah kita menjadi lebih baik daripada yang terbaik melainkan diri kita sendiri"


u see that! see! see! ini la salah satu perubahan yang aku dah buat pada diri aku semenjak dua menjak ni. Insyallah perubahan aku ni akan berpanjangan hingga akhir hayat insyallah. Perasan ke ape perubahan aku? tak pe aku bagi peluang korang berfikir sejenak.


BTW, kalau la korang perasan sekarang ni ramai artis kat luar sana dah mula buat perubahan pada diri mereka sendiri. Alhamdulillah amin. Moga mereka diberikan taufiq dan hidayah. Dan harap lagi ramai la sedar akan kepentingannya pada masa akan datang. Act kn..ade kaitan ke ngan aku cite ni???  ermm.. just nak bagi taw je la..


Kenapa aku berubah?? Dapat petunjuk ke?? mimpi ke?? Semua tu tak penting. Bagi aku..lebih baik berubah sebab kehendak diri daripada berubah kerana terpaksa ataupun dapat petunjuk atau musibah. Aku tak de la lalui semua tu. Aku berubah sebab memang dah masa pun untuk aku buat perubahan dalam hidup & dalam diri aku "eceh beria la aku cite". Seriously aku memang dah terniat dalam hati untuk berubah tp disebabkan banyak sangat syaitan bermain buaian kat hati aku ni perubahan tu asyik tertanguh je. so now. MY NEW LIFE








So this is my new life. Alhamdulillah. Kalau dulu aku free hair now aku dah "Bertudung". One day tu la, sejak bila aku minat membaca magazines "NUR" pulak tu. Tengah belek-belek model yang pakai tudung tiba-tiba "Cantik gak bila bertudung ni erk" It me!! Erkk betol ke ni? Betol ke kata hati aku yang cakap tu?? Memang tak dinafikan pun. Bila bertudung  ni amatlah cantik. Ini kan tuntutan agama. Bak kata kawan-kawan aku. 


Cepat ke?? Rasanya tak kot. Ni pun dah terlewat sangat. Dulu ada terniat konon-konon lepas kawin baru nak berubah, tp sampai bila kan. Belom tentu jodoh aku tu cepat. Sampai sekarang pun belum jumpa lagi jodoh aku tu. Bayangkanlah kalau jodoh aku lambat lagi. Takkan aku nak tunggu sampai aku ada jodoh baru nak berubah Tu pun Belum tentu jodoh aku "Dah terlambat dik" kata orang. Kalau macam tu sampai tua la aku tak berubah. So aku amik keputusan secara drastic. Aku buat perubahan pada diri aku ni. Alhamdulillah berjaya, Insyallah.


Banyak lagi yang aku kene belajar. Bukan setakat ni je. 






Insyallah aku nak jadi anak yang solehah untuk mak & ayah aku. Insyallah. ini la perubahan yang aku dah buat pada diri aku. aku harap perubahan ni membawa kegembiraan & kebahagiaan pada diri & kehidupan aku selepas ni. Moga Allah memberikan taufiq & hidayah kepada aku untuk menjalani kehidupan baru aku ni. Itu je la aku nak berkongsi kegembiraan atas perubahan aku lain hari aku story lagi. Moga niat aku bukan takat ni je. Kawan-kawan doakan yang terbaik untuk aku, Bai, wasalam..



No comments: